Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tular seorang wanita bersama rakannya merakam filem yang sedang ditonton mereka di dalam sebuah panggung wayang dengan menggunakan telefon.
Tindakannya itu menyebabkan dia ditegur oleh seorang lelaki yang dikatakan staf panggung wayang berkenaan kerana merakam filem thriller tempatan, Eva (Take Me As I Am).
Namun apa yang mengejutkan apabila wanita terbabit menafikan tindakan yang dilakukan olehnya selain ‘melawan’ ketika diarah untuk menghentikan rakaman.
Lebih menyakitkan hati, dia turut mempersoal tindakan lelaki tersebut yang ingin memeriksa telefonnya.
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan oleh dua orang wanita terbabit.
Menerusi semakan BuzzKini pada akaun TikTok milik wanita itu, ternyata mereka sempat berkongsi beberapa sedutan filem tersebut.
Bagaimanapun, segala rakaman yang dimuat naik itu telahpun dipadam oleh mereka.
Terkini, menerusi satu ciapan di laman Twitter @4hmadsyaf1q92, wanita terbabit bersama rakannya telah memuat naik video permohonan maaf mereka mengenai kejadian itu.
Menurut wanita itu, dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk merakam filem tersebut di dalam panggung wayang.
Jelasnya lagi, niat sebenar mereka hanyalah ingin mempromosikan filem tersebut yang dianggap ‘best’ namun tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
“Sebenarnya saya takda niat pun nak rekod movie tu dekat dalam cinema. Kalau tengok daripada mula pun memang saya takda rekod.
“Sebab apa yang saya nak sampaikan dekat korang sebenarnya movie ni memang ‘best gila’, saya rekod part yang saya rasa seronok untuk saya tunjuk dekat korang,” katanya.
Ujarnya, dia difahamkan filem Eva (Take Me As I Am) akan ditamatkan tayangnya kerana tidak mendapat sambutan.
“Saya tengok dekat berita dan review movie ini nak ditamatkan, sebab takda orang langsung yang tengok. Bila saya pergi dekat wayang memang kosong, hanya kitorang berdua sahaja yang ada dekat situ, jadi saya rasa kesian,” katanya lagi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.
Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…
Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…