Lelaki Hiking Sambil Dukung Bayi 4 Bulan Dalam Hutan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Mendaki gunung atau bukit merupakan antara aktiviti yang paling diminati oleh segelintir rakyat Malaysia.

Ini kerana negara ini cukup dikenali dengan kekayaan sumber alam semula jadi selain dipenuhi dengan bukit dan gunung-ganang yang tersergam indah.

Bagaimanapun, bagi yang sudah memiliki keluarga terutamanya anak kecil, pasti aktiviti yang agak lasak ini akan sedikit terbatas.

Tular lelaki hiking sambil bawa bayinya

Namun itu bukanlah alasan buat seorang lelaki ini apabila tular dirinya yang sedang melakukan aktiviti ‘hiking’ di sebuah bukit bersama bayinya.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @syareelizamali, pemilik video terbabit berasa kagum melihat seorang lelaki sedang mendukung bayi sambil mendaki Bukit Gasing di Selangor.

Difahamkan lelaki terbabit mendaki bukit berkenaan bersama isteri dan bayi perempuannya yang hampir memasuki usia 5 bulan.

“Kalau setakat budak-budak kecil tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bergilir-gilir dukung bayi bersama isteri

Lelaki terbabit juga mengatakan dia bersama isteri akan bergilir-gilir mengambil tangungjawab mendukung bayi mereka semasa mendaki bukit.

“Tabik springlah satu family ni. Mak dia dah lepas ke atas dah, gilir-gilir dukung baby katanya.”

@syareelizamali

Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp

♬ original sound – SIA – SIA

Pada video sama, kelihatan bayi yang memakai baju berwarna putih itu sedang tidur lena di pangkuan ayahnya.

Undang pelbagai reaksi daripada netizen

Video tular berdurasi 1.28 minit itu telah juga telah meraih lebih 270,000 jumlah tontonan dan 8256 tanda suka sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen yang menonton.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata penguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit yang membawa bayinya mendaki bukit bersama.

Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa membawa anak kecil ke dalam hutan bukanlah sesuatu perkara yang bagus kerana golongan ini lebih mudah diganggu oleh makhluk halus.

Namun ada juga segelintir yang menyokong tindakan si bapa tersebut. Tidak kurang yang mencadangkannya untuk menggunakan baby carrier atas faktor keselamatan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago