Ramai Tak Setuju Tindakan Peniaga Makanan Bolot Tempat Parkir Awam, Siap Letak Meja & Kerusi Halang Kereta

Isu restoran atau gerai makanan yang menggunakan kawasan parkir awam dengan meletakan meja dan kerusi bukanlah sesuatu yang baru lagi, malah ia masih terjadi sehingga kini.

Tidak hanya itu, perbuatan sedemikian juga mendatangkan kesusahan buat orang awam terutamanya yang sedang mencari parking di kawasan tersebut.

Walapun isu ini pernah disuarakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tetapi masih ada segelintir peniaga dan pengusaha kedai makan seakan ‘keras kepala’ dan masih melakukan hal terbabit.

Peniaga makanan letak kerusi dan meja di kawasan parkir awam

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan tindakan peniaga sebuah kedai makanan meletakkan kerusi dan meja di kawasan parkir awam di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @isusemasaviral, kelihatan kereta jenis Perodua Myvi itu berada di bawah kanopi yang dipasang di kawasan tempat letak kenderaan awam berhadapan kedai makan tersebut.

Senjaga menyusun kerusi dan meja di belakang kenderaan yang parkir

Pada gambar sama, kelihatan peniaga makanan itu juga dengan sengaja menyusun kerusi dan meja di bahagian belakang kenderaan itu.

Meskipun motif tersebut tidak diketahui namun ada yang merasakan perbuatan itu sebagai ‘peringatan’ kepada pemilik kenderaan tersebut. Selain itu, sebuah kerusi turut diletakkan di atas bumbung kereta Myvi itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah gerai makanan yang agak terkenal di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Menerusi semakan kami di Facebook, pemilik kereta tersebut yang mula memuat naik perkongsian berkenaan mendedahkan yang dia bakal menuntut pampasan ganti rugi selain membuat report kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

Menerusi satu lagi hantaran berbeza, pemilik kereta tersebut turut berkongsi perbualannya bersama pemilik kedai makan berkenaan. Di dalam tangkap layar WhatsApp Tersebut dia turut mendakwa terdapat kesan calar di bahagian rim dan bahagian lain.

Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter menyelar tindakan perniaga terbabit kerana menggunakan tapak parkir awam untuk berniaga juga merupakan satu kesalahan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago