Sunway Umum Lancar Aplikasi Super App Pertama Di Sunway Theme Parks Mega Roadshow

Sunway semalam (9 Februari) melancarkan aplikasi gaya hidup serba lengkap dan baharu iaitu Sunway Super App edisi kedua di Sunway Theme Parks Mega Roadshow di mana ia mengandungi pelbagai promosi dan pakej-pakej menarik dengan kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan.

Untuk pengetahuan anda, Sunway Super App merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan penguna dari keseluruhan 13 badan perniagaan Sunway termasuk:

  • Sunway Theme Parks.
  • Sunway Malls.
  • Sunway Property.
  • Sunway Hotels & Resort.
  • Sunway Healthcare.
Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Aplikasi tersebut juga memberikan akses kepada lebih dari 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid, The Lorry dan banyak lagi.

Direka khas dengan ciri-ciri tumpuan pengguna, ia akan memberi pengalaman yang lancar di setiap titik sentuhan. Aplikasi ini juga merupakan dompet digital bagi kemudahan transaksi tanpa tunai dan pembayaran secara pantas untuk tempat letak kereta pintar di seluruh pusat beli-belah dan premis Sunway.

Di samping itu, ada juga tawaran eksklusif aplikasi serta program menarik dan ganjaran tanpa had. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati manfaat program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals untuk menebus mata ganjaran dalam aplikasi atau dengan peniaga yang mengambil bahagian.

Sunway Super App ialah Super App gaya hidup pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menghubungkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ekosistem Sunway yang meluas – bahagian perniagaan Sunway kami serta lebih daripada 1,500 peruncit dan rakan kongsi perniagaan kami yang sedia ada. Ini merupakan peristiwa penting bagi Sunway dalam meneruskan perjalanan transformasi digital kami. Ia sentiasa menjadi salah satu matlamat kami untuk menyediakan platform yang menawarkan pengguna kepada akses mudah dan lancar dengan faedah ekosistem kami yang meluas.

Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan Sunway, Kevin Khoo.

Sunway Theme Parks Mega Roadshow, Sunway Pyramid.

Di Sunway Theme Parks Mega Roadshow, pengguna Sunway Super App dapat mengakses tawaran eksklusif daripada Sunway Theme Parks, Sunway eMall, Sunway Multicare Pharmacy dan banyak lagi yang hanya tersedia pada acara tersebut.

Pameran berkenaan akan diadakan di beberapa lokasi pada tarikh berbeza di seluruh Malaysia bermula dari 9 Februari sehingga 5 Mac 2023.

Pakej menarik bagi Night Park juga menanti anda, di mana anda bakal menyaksikan penampilan budaya barat dengan slogan, “The Good, The Bad and The Wild”.

Dengan kerjasama lebih daripada 50 jenama bagi memperkasakan perdagangan sosial melalui Super App milik Malaysia. Taman Tema Sunway sejak beberapa dekad lalu telah menawarkan hiburan bertaraf dunia dan menjadi mercu tanda utama untuk destinasi pelancongan di rantau ini. Sunway Theme Parks Mega Roadshow bertujuan melibatkan pasaran  pelancongan tempatan bersama dengan rakan kongsi ejen pelancongan kami bagi mencari pasaran pakej percutian berpatutan dan destinasi berkualiti tinggi. Taman tema kami akan terus menjadi hab pelancongan di punca tertinggi di dalam bandar bersepadu Sunway.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho.
Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Tarikh Sunway Theme Parks Mega Roadshow:

  • Sunway Pyramid Mall, Sunway City Kuala Lumpur
    • 9 Februari 2023 hingga12 Februari 2023
  • AEON Mall Tebrau, Tebrau City Johor
    • 14 Februari 2023 hingga 19 Februari 2023
  • Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
    • 23 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023
  • Sunway Carnival Mall, Penang
    • 2 Mac 2023 hingga 5 Mac 2023

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago