Kenderaan Persendirian Tidak Perlu Pamer Roadtax Bermula Hari Ini, 10 Februari

Berita buat buat semua pemilik kenderaaan persendiran di Malaysia di mana anda kini tidak lagi diwajibkan untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Motor atau nama lainnya cukai jalan (roadtax) di cerman hadapan kenderaan masing-masing bermula hari ini, 10 Februari 2023.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).

Menurut Anthony, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.

“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, orang ramai kini boleh menggunakan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) yang boleh didapati melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

Ianya selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan.

BACA ARTIKEL TERBAHARU: Ini Cara Dapatkan Lesen Memandu dan Roadtax Digital Anda Di Aplikasi MyJPJ

Anthony sebelum ini ada membangkitkan mengenai isu pelekat cukai jalan (road tax) yang sering tertanggal hingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai. Beliau berjanji akan mengambil tindakan mengenai perkara itu.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim memaklumkan orang ramai tidak lagi perlu membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi satu aplikasi khas di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

3 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago