Mat Salleh Puji Inisiatif Menu Rahmah, Minta PM UK Contohi Malaysia [Video]

Pada 31 Januari yang lalu, lebih dari 15,000 restoran di seluruh negara sudah mula menawarkan Menu Rahmah serendah RM5 untuk makan tengah hari atau makan malam kepada golongan B40 seperti yang disarankan oleh kerajaan pada ketika ini.

Inisiatif yang dilakukan ini turut disambut baik oleh orang ramai yang menyifatkan ia berbaloi serta membantu mereka mendapatkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan.

Baca artikel berkaitan: “Hidangan Yang Lengkap” – Pelanggan Sifatkan Menu Rahmah Berbaloi

Mat salleh kagum dengan inisiatif Menu Rahmah dilakukan Malaysia

Perkara ini turut menarik perhatian seorang pelancong dari United Kingdom (UK) iaitu iaitu @veggiesontour atau dikenali sebagai Pat yang kagum dengan inisiatif yang dilakukan oleh Malaysia memandangkan kos sara hidup di kebanyakan negara mula meningkat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh lelaki tersebut di TikTok, dia turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Menu Rahmah apabila berjaya menemui sebuah restoran vegetarian di Skudai, Johor Bharu yang menawarkan inisiatif itu.

Jelasnya, untuk mencari Menu Rahmah di restoran vegetarian adalah sedikit sukar kerana hanya menjumpa menu yang ditawarkan dengan lauk ayam atau ikan.

“Menu itu kebiasaanya dihidangkan bersama ayam atau ikan mereka (restoran) namun mereka jarang untuk mempunyai menu vegetarian.

“Tetapi semalam saya telah menemukan sebuah restoran vegetarian di Skudai yang menawarkan RM5 untuk sepinggan makanan,” katanya.

Di dalam video, individu itu turut menunjukkan dua jenis menu yang diberikan bermula dengan harga RM4 dan juga RM5 apa yang berbeza hanyalah jenis nasi yang diambil.

Dia dalam masa turut menunjukkan hidangan yang dipesannya dipenuhi dengan sayuran yang banyak hingga hampir menutupi nasinya selain turut memuji makanan tersebut sedap.

Minta PM UK contohi Malaysia

Di akhir videonya dia turut meminta agar Perdana Menteri UK, Rishi Sunak untuk mencontohi inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu menu yang boleh dibeli oleh masyarakat yang mempunyai pendapatan rendah.

“Ini perkara yang menarik. Saya rindukan makanan dengan harga yang berpatutan”

“Apabila orang luar menghargai inisiatif ini lebih dari orang tempatan”

“Terima kasih untuk posting ini. PM kami dan kumpulannya sedang berusaha keras untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago