Wanita Jual Nasi Lemak RM1 ‘Diserang’ Pengusaha Kantin Cetus Perdebatan Ramai [Video]

Sejak semalam (16 Februari), tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan pertengkaran di antara seorang lelaki dan juga seorang wanita berhampiran sebuah Klinik Kesihatan di Shah Alam.

Menerusi hantaran di laman TikTok akaun @teacher_aina, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit yang juga seorang pengusaha kantin menyerang wanita yang menjual nasi lemak RM1 berhampiran kawasan itu.

Lelaki dakwa peniaga nasi lemak RM1 tutup laluan pejalan kaki

Selain itu, lelaki terbabit turut mendakwa peniaga nasi lemak itu menutup laluan pejalan kaki di kawasan tersebut sekaligus menyebabkan perniagaannya terjejas.

“Saya penyewa kat bawah tu (kantin) kak. Akak tutup jalan utama, kalau dah nasi lemak RM1 matilah kami semua,” kata lelaki itu.

Percaya dengan konsep rezeki datang dari Allah SWT

Namun, wanita tersebut membalasnya dengan mengatakan konsep rezeki datang dari Allah SWT selain menyangkal dia menutup laluan pejalan kaki.

Lelaki terbabit berkata lagi bahawa jualan nasi lemaknya tidak laris kerana rata-rata orang membeli nasi lemak daripada wanita tersebut.

“Nasi lemak abang tak habis jadi abang nak salahkan saya ke?” balas wanita itu.

Minta wanita itu mencari tapak baharu

Selain itu, lelaki terbabit juga meminta wanita tersebut agar mencari kawasan berniaga yang baru serta tidak berniat untuk melaporkan peniaga nasi lemak itu kepada pihak Majlis Bandaraya.

“Tapi saya taknak report, dah lah esok akak jangan berniaga dekat sini, saya sewa RM900 sebulan, 4 tahun dah saya kat situ,” kata lelaki itu lagi.

Menerusi video sama, lelaki berkenaan juga dilihat merendahkan keadaan fizikal peniaga wanita tersebut sehingga menimbulkan kemarahannya.

@teacher_aina

Benda nak jadi.. Tak pelah.. Mana2 customer yang selalu beli dengan saya di Klinik Kesihatan seksyen 7 Shah Alam, sebelah jalan besar. In shaa Allah.. Esok saya cari port baru. Rezeki Allah ada di mana2.. Mungkin bukan rezeki saya berniaga kat tempat tu. Semoga murah rezeki abg yang jual nasi lemak tender.. Dan abg yang jual roti juga.. Semoga dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki. Esok in shaa Allah saya update tempat baru. Are seksyen 7 juga, shah alam ya. #nasilemakrm1 #viral #shahalam

♬ original sound – Teacher Aina Home Tuition – Teacher Aina Home Tuition

Video berdurasi hampir tujuh minit itu berakhir apabila seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan hadir untuk menenangkan keadaan dan menghentikan pertelingkahan di antara dua peniaga tersebut.

Difahamkan, peniaga nasi lemak RM1 itu akan mencari tapak berniaga baru di sekitar kawasan Seksyen 7.

Memindai ruangan komen, video tular tersebut ternyata menyebabkan berlaku perdebatan di antara pengguna media sosial.

“Betul lah, abang tu menyewa, naya la brother tu. kena faham”

“Saya faham situasi abang tu, bukan tak percaya rezeki Allah”

“Jawapan akak semua saya sokong 100%, terbaik kak”

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago