Seekor gajah di Thailand yang diberi nama Pai Lin kini mempunyai masalah tulang bengkok selepas menghabiskan lebih 25 tahun hidupnya dalam industri pelancongan.
Pai Lin sebelum ini terpaksa menjalakan tugas dengan memberi tunggangan kepada enam orang pelancong pada satu-satu masa.
Masalah tulang yang dihadapi itu turut membuatkan gajah berkenaan kelihatan cacat. Namun gajah tersebut kini di tempatkan di sebuah pusat menyelamat hidupan liar yang terbesar di Thailand.
Apa yang lebih mengembirakan dia kini bebas untuk berjalan dan hidup dengan tingkah laku semula jadinya tanpa perlu lagi dirantai.
Menerusi gambar yang tular, kelihatan keadaan tulang belakang Pai Lin yang sepatutnya membulat secara semula jadi sudah terkeluar serta tenggelam kerana beban kerja yang dilakukan secara berulang (membawa pelancong).
Perubahan bentuk fizikal haiwan ini bagaimanapun sering terjadi kepada gajah-gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong..
Jelas Wildlife Friends Foundation Thailand (WFFT), gambar itu disiarkan untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderitaan yang dialami oleh gajah apabila dijadikan sebagai tunggangan pelancong.
Gajah yang digunakan untuk ‘trekking’ kebiasaanya menghabiskan masa sehariannya untuk membawa pengendalinya, pelancong dan juga tempat duduk yang dilihat berada di atas badan mereka.
Tekanan berat atau beban yang secara terus boleh menyebabkan tisu, tulang belakang mereka rosak dan tidak dapat untuk dipulihkan semula. Malah turut kelihatan punggung Pai Lin seperti memiliki parut hitam disebabkan tekanan yang lama.
“Walaupun gajah terkenal dengan kekuatan dan saiznya, punggung mereka tidak direka secara semula jadi untuk membawa berat, kerana tulang belakang mereka memanjang ke atas.
“Tekanan berterusan pada tulang belakang mereka daripada pelancong boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, yang boleh dilihat pada Pai Lin,” kata Pengarah Projek WFFT, Tom Taylor.
Disifatkan sebagai ‘pelopor’ gajah di WFFT, Pai Lin yang kini berusia 71 tahun telah diselamatkan oleh pusat perlindungan itu pada tahun 2007.
WFFT telah memelihara dan menjaga Pai Lin serta 23 lagi gajah lain yang kini hidup dengan bahagia di dalam kandang yang besar seluas 44 ekar setiap satu selain turut mempunyai pokok semula jadi, tasik dan juga kawasan meragut rumput. Malah mereka juga makan sekitar 300 kilogram setiap hari.
Bukan hanya gajah, tempat perlindungan ini turut menempatkan lebih 700 haiwan lain termasuk burung eksotik, harimau dan juga lain-lain.
“Kebanyakan gajah yang diselamatkan di WFFT mengalami penderaan selama berdekat. Meskipun kami tidak dapat memahami trauma yang dialami oleh haiwan tersemu di masa lalu sekurang-kurangnya mereka kini dapat menikmati kehidupan yang lebih aman dia tempat perlindungan.
“Kami harap kesemua gambar itu dapat menggalakkan pelancong agar membuat penyelidikan mereka dan hanya menyokong pusat gajah yang beretika dan mampan sambil mengelak pertubuhan yang menawarkan aktiviti menunggang atau eksploitatif lain.”
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…