Tular Samun Beg Tangan Di Stesen Minyak Di Cheras, Polis Buru Dua Lelaki [Video]

Sejak semalam (22 Feb) tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan satu insiden samun di sebuah stesen minyak.

Menerusi video tersebut, kelihatan mangsa tidak menyedari kewujudan suspek yang sudah menunggu di pintu penumpang hadapan sedang menantikannya membuka kunci kenderaan.

Mangsa yang difahamkan baru selesai mengisi minyak kereta kemudian membuka kunci sebelum suspek pantas membuka pintu dan melarikan beg tangannya.

Penularan video tersebut menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna media sosial memandangkan ia berlaku di tempat awam dan pada siang hari.

Polis buru dua suspek

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sedang menyiasat video tular tersebut dan insiden berlaku di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 14 saat itu di Facebook.

“Hasil semakan mendapati kejadian samun ini berlaku pada hari ini (22 Feb) kira-kira pukul 9 pagi di mana suspek adalah dua lelaki bangsa tidak pasti.

“Salah seorang suspek telah membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa.

“Anggaran kerugian adalah sebanyak RM500 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

@buzzkini

Kejadian samun berkawan di sebuah stesen minyak di Cheras, KL pada jam sekitar 9 pagi tadi (22 Feb). Suspek dua orang lelaki membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan ditempat duduk penumpang hadapan. Anggaran kerugian adalah RM500. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Hati2 gais! 🎥 : Chuan Wei Yiaw

♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

15 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

15 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

17 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago