Kebiasaanya mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti kesukaan seperti berkebun, melancong, menghadiri kelas agama serta banyak lagi.
Ini kerana, selepas bertahun-tahun berhempas pulas bekerja dan mencari rezeki, sudah tiba masanya untuk golongan warga emas ini berehat.
Namun berbeza dengan seorang makcik ini yang terpaksa bekerja dengan memakai maskot dipercayai untuk mencari pendapatan di sebuah kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Kisah tentang warga emas ini dikongsikan oleh Roslan Salleh menerusi hantarannya di Facebook yang menunjukkan beberapa keping gambar susuk tubuh makcik tersebut ketika dia sedang memakai maskot itu.
Menerusi gambar yang dikongsikan pada awalnya kelihatan maskot kucing berwarna putih sedang duduk di sebuah kerusi mungkin menanti orang ramai yang lalu lalang untuk bergambar dengannya.
Melihat pada gambar yang lain apabila maskot itu membuka kepalanya kelihatan susuk tubuh wanita yang dimamah usia berada di dalamnya..
Turut kelihatan makcik tersebut memakai satu beg seperti tabung duit yang digunakan untuk meletakkan wang yang diterima oleh orang ramai.
“Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur. Apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.
“Di sebalik keriangan orang ramai bergambar bersama kartun (maskot) yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazar Malam Wangsa Maju ini.. saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu adalah seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda,” kata Roslan di dalam kapsyen.
Tambah pengguna Facebook ini lagi, dia teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh wanita itu walhal kebanyakan wanita di usia sebegitu sudah pn menghabiskan masa dengan berehat di rumah sahaja.
Malah kelihatan raut wajah wanita itu seperti keletihan namun tetap terus bekerja untuk mencari pendapatan yang halal.
“Apa pun semoga Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahi rezeki seluasnya dan diberikat rahmat Allah serta kesihatan yang baik selalu,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat usaha warga emas tersebut apatah lagi riak wajahnya yang dalam kepenatan. Malah ramai memuji usahanya kerana tetap kuat mencari rezeki walaupun sudah berusia.
Malah posting tersebut yang tular di Twitter turut mendapat perhatian pengguna di sana yang meminta orang ramai untuk memberikan sokongan kepada warga emas itu.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…