Lelaki Dipercayai Warga Singapura Tunjuk Biadap Buang Sampah Atas Jalan Undang Kecaman Ramai [Video]

Malaysia merupakan salah satu negara yang amat menitikberatkan kebersihan persekitaran agar pelancong mahupun warga asing yang datang ke negara ini berasa selesa dan berpuas hati.

Namun, sebagai rakyat Malaysia kita pasti akan berasa marah sekiranya pelancong atau warga asing yang datang ke negara ini pula membuat kotor atau membuang sampah merata-rata.

Lelaki warga singapura buang sampah merata di Malaysia

Begitulah yang terjadi pada satu video yang tular di media sosial ini apabila seorang individu dipercayai warga Singapura dengan sesuka hatinya membuang sampah di atas jalan di Malaysia.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @saifuleri, lelaki yang juga warga tempatan itu berkongsi rakaman selepas melihat tindakan biadap individu terbabit.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang lelaki di sebuah kawasan parkir sedang membersihkan tapak kasutnya dengan menggunakan tisu sebelum memasuki kenderaan.

Namun sebaik selesai, dia dengan selamba membuang tisu tersebut di atas jalan.

Di Singapura jaga kebersihan tapi di Malaysia buang sampah merata?

Perbuatan lelaki ini menimbulkan kemarahan apatah lagi Singapura juga amat menitiberatkan isu kebersihan. Jelasnya individu berkenaan seolah-olah hanya patuh pada penguatkuasaan di negaranya tetapi tanpa rasa malu melanggarnya di Malaysia.

Mungkin berang dengan perbuatan lelaki tersebut, si perakam kemudiannya bergerak lebih dekat agar dia dapat mengambil nombor pendaftaran kereta dari Singapura itu untuk ditularkan agar dia dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kelak.

Netizen Malaysia kecam tindakan lelaki terbabit

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media dari Malaysia sosial turut menyelar tindakan tidak bermoral individu yang didakwa warga Singapura itu.

Pada masa sama, mereka juga berharap agar tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa Malaysia kepada lelaki itu.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago