Tular Pemanggil Misteri Mengilai, Fazziq Muqris Jelaskan Bukan Marketing Seperti Yang Didakwa [Video]

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatan mengenai video seorang penyampai radio ERA berdepan detik menakutkan apabila menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa terlibat dalam kemalangan sebelum mengilai panjang di akhir perbualan.

Namun, kebanyakan orang mendakwa kejadian tersebut hanyalah satu taktik marketing yang cuba dilakukan oleh pihak radio.

Fazziq Muqris kata bukan satu taktik marketing

Susulan itu, penyampai Radio Era, fazziq Muqris menidakkan dakwaan itu sebagai satu taktik ‘marketing’ yang dilakukan oleh mereka.

Menurutnya, jika kejadian misteri itu adalah satu taktik marketing, ia sudah pasti dirancang sudah lama oleh pihak radio Era.

“Ini bukan ‘marketing’. Saya rasa ramai yang tengok video tersebut dan boleh lihat macam mana reaksi saya ketika itu. Saya juga seorang pelakon, namun reaksi yang anda lihat dalam video itu adalah benar.

“Lagipun kalau nak cakap ini ‘marketing’, mungkin sudah lama saya rancang benda ni dan buat lebih lagi daripada apa yang anda saksikan,” katanya kepada Awani.

Ujar Fazziq yang berkongsi pandangannya, terdapat banyak lagi cara atau kaedah yang boleh dilakukan jika benar ia adalah untuk marketing berbanding apa yang berlaku baru-baru ini.

Fazziq minta orang ramai hentikan prank sedemikian

Selain itu, Fazziq juga meminta orang ramai yang berniat untuk melakukan ‘prank’ sedemikian agar menghentikannya.

Jelasnya, perkara sebegini bukanlah satu bahan jenaka yang boleh dibawa bergurau kerana ia sekaligus boleh memberi impak negatif kepada orang lain.

“Kalau nak buat ‘prank’ macam ini, tolonglah hentikan. Nak buat dekat saya, mungkin saya boleh terima. Tapi benda ini mungkin bagi impak negatif kepada orang lain juga.”

Tular pemanggil dakwa dirinya terlibat kemalangan, siap mengilai

Terdahulu tular di laman media sosial apabila seorang pemanggil wanita menceritakan kisahnya yang terlibat dalam kemalangan selepas keluar membeli beg tangan buat ibunya ketika siaran langsung Era di TikTok.

Lebih menyeramkan apabila wanita itu mendakwa dirinya tersangkut di dalam kereta yang sedang terbakar sebelum mengilai di akhir panggilan.

@sam_isma

VIDEO VIRAL Panggilan misteri ERA FM ? 🧟‍♀️ 📻 Fazziq Dj Era Fm menerima panggilan aneh & misteri, seolah ceritanya sama mcm cerita Dj Isma Halil dahulu. Tidak dipastikan kesahihannya benar atau prank. Namun dgrkan perbulan Video penuhnya dibawah. #SamIsma #erafm #fyp #TikTok #fypシ゚viral #fypage #Viral #samshousestudios #Malaysia #fypシ #Djradio #fazziqerafm #Ghost #Seram #Misteri

♬ original sound – SAM ISMA – SAM ISMA

Jalan cerita seakan sama dengan kisah misteri yang terjadi sekitar lewat 90an dahulu

Antara sebab utama netizen mendakwa kejadian yang terjadi itu sebagai satu taktik marketing kerana jalan cerita yang terjadi seakan ‘dejavu’ dengan apa yang pernah dialami oleh seorang penyampai radio terkenal sekitar lewat 90-an dahulu.

Difahamkan, disebabkan gangguan misteri itu, rancangan tersebut yang sering ke udara pada waktu lewat malam dihentikan serta merta.

Kisahnya bermula apabila seorang penyampai radio yang dikenali sebagai DJ ISMA mengendali segmen Kisah Misteri di stesen radio THR telah menerima panggilan daripada seseorang.

Kisahnya bermula apabila penyampai radio terkenal, DJ Isma yang mengendalikan segmen Kisah Misteri di stesen radio THR telah menerima panggilan daripada seseorang.

Bagaimanapun, individu misteri terbabit berkongsi secara terperinci tentang kemalangan yang menimpa dirinya dan keluarganya pada waktu itu di lebuh raya Karak.

Tidak lama kemudian sampai satu berita tergempar di mana memang benar ada kejadian kereta terjatuh ke dalam gaung dan jenazah masih ada di dalamnya. Sama seperti diceritakan oleh pemanggil misteri itu.

Pun begitu, kisah tersebut sehingga kini mempunyai pelbagai versi dan kesahihan cerita tersebut masih tidak diketahui, Wallahualam.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago