“Dah Sedar & Masih Mamai” – Uqasha Sahkan Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan Selepas Diserang

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai insiden di mana pelakon terkenal, Kamal Adli cedera parah selepas dipukul oleh seorang individu yang tidak dikenali sewaktu menghadiri satu majlis di Singapura.

Dia yang diserang menggunakan cota berkali-kali oleh seorang lelaki di kepala, muka dan badan kemudiannya dikejarkan ke hospital sebelum ditidurkan bagi menjalani satu sesi pembedahan (major operation).

Insiden serangan yang berlaku sewaktu acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Dewan 5A, Singapore Expo ternyata mengejutkan pebagai pihak khususnya selebriti yang turut berada di tempat kejadian.

Baca artikel berkaitan:

“Dia Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya” – Kamal Adli Dipukul Dengan Cota Hingga Cedera Parah Di Singapura

“Aku Mesti Bunuh Dia” – Uqasha Senrose Dedah Mesej WhatsApp Berbaur Ugutan Mahu Serang Kamal Adli

Terbaharu isteri Kamal iaitu aktres Uqasha Senrose memaklumkan suaminya itu sudah pun selamat menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami.. dah akhir zaman,” kata Uqasha Senrose menerusi satu perkongsian di Instagram Story pada Isnin (13 Mac) pagi.

Serahkan kepada polis untuk siasatan

Dia dalam masa sama turut menyerahkan isu tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Terdahulu Berita Harian Singapura melaporkan Kamal Adli telah dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) sebaik kejadian berlaku.

Menurut jurucakap Pasukan Polis Singapura (SPF), lelaki tersebut sudah pun diberkas dan Kamal dalam keadaan sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.

“Seorang lelaki 37 tahun (Kamal) masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago