fbpx
Now Reading
“Aku Mesti Bunuh Dia” – Uqasha Senrose Dedah Mesej WhatsApp Berbaur Ugutan Mahu Serang Kamal Adli

“Aku Mesti Bunuh Dia” – Uqasha Senrose Dedah Mesej WhatsApp Berbaur Ugutan Mahu Serang Kamal Adli

Dakwa Usasha Senrose lagi, si pelaku, 34, yang sudah ditahan Pasukan Polis Singapura (SPF) turut mengugut mencederakan pelakon wanita itu serta adik-beradiknya yang berada di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam semalam (12 Mac), dunia hiburan dikejutkan dengan insiden pelakon terkenal, Kamal Adli yang cedera parah selepas dipukul oleh seorang individu yang tidak dikenali menggunakan cota di Singapura.

Menurut isterinya, aktres Uqasha Senrose, Kamal Adli kemudiannya terpaksa ditidurkan bagi menjalani satu pembedahan major gara-gara belakang kepalanya yang berlubang.

Dakwa Usasha lagi, si pelaku, 34, yang sudah ditahan Pasukan Polis Singapura (SPF) turut mengugut mencederakan pelakon wanita itu serta adik-beradiknya yang berada di sana.

Baca artikel berkaitan: “Dia Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya” – Kamal Adli Dipukul Dengan Cota Hingga Cedera Parah Di Singapura

Sudah lama sasarkan Kamal Adli, mahu siksa dan bunuh

Beberapa jam kemudiannya, Uqasha menerusi Instagram Story memuat naik satu tangkap layar perbualan WhatsApp berbaur ugutan yang ditujukan kepada Kamal.

Jelas Uqasha, si pelaku rupanya sudah lama mahu mencederakan Kamal.

“Rupanya dah lama dia ‘aim’ Kamal,” luah Uqasha

Bukan setakat menghinanya dengan panggilan anjing, bahkan dia turut mengugut mahu membunuh aktor terbabit.

“Pesan sama Kamal Adli anjing tu, aku mesti bunuh dia. Aku mesti siksa dia habis-habisan. Semua anjing keparat,” tulis pada mesej tersebut.

Namun kami tidak mengenal pasti bilakah mesej tersebut dihantar memandangkan interface pada perbualan WhatsApp tersebut seperti sudah lama dan tidak lagi digunakan majoriti pengguna aplikasi berkenaan.

Uqasha menerusi satu lagi muat naik turut memaklumkan bahawa individu tersebut adalah seorang warga Singapura berdasarkan kad pengenalan diri yang dilihatnya.

Tambahnya, individu tersebut juga bukanlah seorang yang kurang siuman seperti yang didakwa segelitir netizen.

Dia bagaimanapun menegaskan sama sekali tidak pernah mengganggap semua rakyat Singapura sebagai jahat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.