fbpx
Now Reading
Duit Sudah Terkumpul, Ali Puteh Mahu Jumpa Hidayah Bayar Hutang [Video]

Duit Sudah Terkumpul, Ali Puteh Mahu Jumpa Hidayah Bayar Hutang [Video]

Ali Puteh turut menegaskan dia tiada niat untuk menagih simpati mana-mana pihak apabila berkongsi tentang penjualan kereta, motosikal dan beberapa piala kemenangannya sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak Ali Puteh sudah bersedia untuk berjumpa dan melangsaikan tuntutan hutang kakak iparnya, Nor Hidayah.

Ali dalam satu temu bual bersama Melodi pada Ahad (18 Feb) berkata, dia mahu segera bertemu balu Allahyarham Abah itu demi menyelesaikan kemelut antara mereka.

“Kalau boleh nak gerak (berjumpa). Kalau boleh kita nak buat secepat mungkin. Saya pun dah siap jual semua barang,” katanya.

Dalam temu bual sama, pelawak itu turut menegaskan dia tiada niat untuk menagih simpati mana-mana pihak apabila berkongsi tentang penjualan kereta, motosikal dan beberapa piala kemenangannya sebelum ini.

“Saya ambil dari sudut berbeza, ini semua duniawi. Kita usaha kembali sebelum ini. Orang kata saya play victim, tetapi saya bukannya menagih simpati.”

Pelawak, Ali Puteh
Ali Puteh dakwa ditipu, berhenti jadi duta ayam kerana tak dapat bayaran

Tak pernah lari dari bayar hutang

Tambahnya, dia juga tidak pernah lari dari membayar hutang sebaliknya mengumpul duit bagi melangsaikan tanggungjawabnya itu.

Itu yang membuatkan pelawak berkenaan tekad menjual beberapa harta miliknya termasuk kereta Honda Accord, motosikal RX-Z serta trofi kemenangannya semasa menyertai program lawak beberapa tahun lalu.

Terdahulu Ali menzahirkan rasa syukur selepas berjaya mengumpul RM75,000 hasil jualan barangan peribadinya.

Kenyataan itu dimuat naik selepas tular video memperlihatkan Ali memujuk isterinya, Melati Firdaus yang gagal menahan sebak sebaik kereta Honda Accord millik mereka dijual.

Sebagai rekod, Ali bukan sahaja aktif dalam dunia hiburan malah dia juga banyak mengusahakan perniagaan produk makanan.

Baca artikel berkaitan: Isteri Ali Puteh Menangis Jual Kereta Honda Accord Buat Ramai Sebak [Video]

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.