fbpx

Hutang RM75,000 Ali Puteh Dengan Hidayah Akhirnya Selesai [Video]

Dalam pertemuan itu Ali turut berjumpa dengan anak buahnya, Hamzah yang sudah empat tahun tidak bertemu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan pelawak, Ali Puteh yang menjual beberapa barangan peribadinya seperti motosikal, kereta dan trofi yang dipercayai untuk membayar hutang kepada balu arwah abangnya Abam iaitu Nor Hidayah.

Hasil daripada penjualan barangan tersebut, dia akhirnya berjaya mengumpul wang sebanyak RM75,000 dan memaklumkan ingin bertemu dengan Hidayah secepat mungkin untuk menyerahkan duit tersebut.

Baca artikel berkaitan: Duit Sudah Terkumpul, Ali Puteh Mahu Jumpa Hidayah Bayar Hutang [Video]

Baca artikel berkaitan: Ali Puteh Akhirnya Berjaya Kumpul RM75,000 Hasil Jual Kereta & Motosikal

Ali lunaskan hutang RM70,000 kepada Hidayah

Terbaharu, pelawak berkenaan telah hadir ke rumah Hidayah pada petang semalam (20 Februari) untuk menyerahkan wang bernilai RM75,486.48.

Wang yang diserahkan itu adalah seperti yang diarahkan pihak mahkamah sebelum ini selepas Hidayah menang kes saman pada Februari 2022.

Sewaktu membuat pembayaran itu, Ali turut membuat siaran langsung menerusi akaun TikTok miliknya dan ia turut disaksikan oleh keluarga masing-masing.

Ali turut beri surat dan minta Hidayah tanda tangan

Memetik laporan Kosmo, difahamkan bayaran tersebut telah dibuat oleh Ali secara tunai. Bukan hanya itu, Ali juga telah membacakan sepucuk surat dan meminta Hidayah untuk mendatanganinya.

Dalam surat itu Ali meminta sebaik urusan (hutang) selesai dia berharap tiada lagi persoalan atau kenyataan mengenainya sehingga boleh mengaibkan dirinya dan keluarga.

“Dengan ini saya berharap selesai urusan ini, tiada lagi dakwa-dakwi tentang urusan hutang ini. Oleh itu, saya juga berharap pihak puan dan keluarga tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengaibkan saya dan keluarga.

“Atau memburuk-burukkan berkenaan keluarga saya di mana-mana platform media atau sebarang unsur video yang boleh mengaibkan saya.

“Akhir sekali saya berharap pihak Puan Hidayah dan keluarga memberi kerjasama baik berkenaan urusan ini. Sekiranya isu ini berbangkit semula. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” jelasnya.

Hidayah kemudian menjawab dia mengharapkan perkara yang sama sebelum Ali memintanya untuk menandatangi surat tersebut.

Ali turut jumpa Hamzah ketika hadir ke berjumpa Hidayah

Dalam pertemuan itu, Ali turut tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan anak buahnya iaitu Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar.

“Hamzah sini duit belanja Hamzah ya. Boleh ya saya cium anak buah saya. Empat tahun saya tak pernah tengok dia, ini kali pertama saya tengok dia.

“Jadi orang baik ya sayang, nanti jumpa saudara di Gombak. Jaga diri elok-elok,” ujarnya dengan nada sebak.

@affendyjailani

Saat Ali Puteh bertemu Hamzah setelah 4 tahun tidak berjumpa. semoga silaturahim ni tidak akan putus 😭 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #aliputeh

♬ Nanti Kita Seperti Ini – BATAS SENJA
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.