fbpx
Now Reading
Ali Puteh Akhirnya Berjaya Kumpul RM75,000 Hasil Jual Kereta & Motosikal

Ali Puteh Akhirnya Berjaya Kumpul RM75,000 Hasil Jual Kereta & Motosikal

Meskipun tiada penjelasan lanjut, ramai percaya hasil jualan berkenaan akan digunakan untuk melangsaikan tuntutan saman yang dibuat Hidayah sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai pelawak, Ali Puteh yang telah menjual beberapa barangan peribadinya termasuk kereta Honda Accord dan motosikal RXZ.

Difahamkan Ali berbuat demikian menyelesaikan hutang kepada kakak iparnya, Hidayah Ali.

Apa yang lebih mencuri perhatian apabila tular video isteri Ali, Melati Firdaus yang menangis selepas kereta Honda Accord tersebut dijual.

Bukan sahaja kenderaan, Ali juga dikhabarkan telah menjual beberapa trofi yang dimenanginya semasa menyertai program realiti komedi beberapa tahun lalu

Baca artikel berkaitan: Isteri Ali Puteh Menangis Jual Kereta Honda Accord Buat Ramai Sebak [Video]

Terbaharu, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan dia berjaya mengumpul wang sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan-barangan peribadinya itu.

Dia menerusi satu posting di TikTok turut menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dan membeli barangan yang dijualnya itu,l.

“Alhamdulillah terima kasih yang membeli barangan saya, mendoakan saya dan keluarga.

“Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000!” tulis Ali.

Meskipun tiada penjelasan lanjut, ramai percaya hasil jualan berkenaan akan digunakan untuk melangsaikan tuntutan saman yang dibuat Hidayah sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dillihat memuji usaha pelawak tersebut dalam menyelesaikan isu berkenaan. Tidak kurang segelintir yang berkongsi rasa syukur dengan pengumuman tersebut.

Ada juga yang berharap hubungan pelawak tersebut bersama kakak iparnya itu akan kembali pulih seperti suatu masa dahulu.

Sebelum ini Hidayah mendedahkan pelawak itu masih belum menjelaskan hutangnya sebanyak RM75,000.

Sebagai rekod, Ali bukan sahaja aktif dalam dunia hiburan malah dia juga banyak mengusahakan perniagaan produk makanan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.