fbpx
Now Reading
Ariff Peter Lega, Kesemua Hutang RM1 Juta Berjaya Diselesaikan

Ariff Peter Lega, Kesemua Hutang RM1 Juta Berjaya Diselesaikan

Ariff Peter sebelum ini sanggup menolak tawaran daripada pempengaruh terkenal, Aisar Khaled yang mahu memberinya rumah kerana tidak mahu selesa di atas kesusahan orang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada bulan September yang lalu, kami ada melaporkan tentang kisah seorang pemuda yang tinggal di dalam kereta gara-gara terjebak dengan hutang RM1.2 juta.

Pemuda yang dikenali sebagai Ariff Luqman Peter Lisut atau Ariff Peter memilih untuk menjadikan kereta Proton Wira miliknya sebagai kediaman selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital hingga menyebabkan dia kehilangan harta benda.

Malah, dia juga terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi membayar baki hutang RM1.2 juta yang ditanggungnya itu.

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Hidup Mewah, Kini Tinggal Dalam Kereta Kerana Tanggung Hutang RM1 Juta [Video]

Berjaya Selesaikan Hutang, Buka Perniagaan Bantu B40 & Pengusaha Kecil

Namun, siapa sangka, tidak sampai beberapa bulan, dia kini boleh menarik nafas lega apabila hutangnya yang melebihi RM1 juta itu berjaya diselesaikan.

Memetik Harian Metro, Ariff mendakwa hutang tersebut berjaya dilangsaikan dengan bantuan rakyat Malaysia yang membantunya dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di media sosial.

Manakala, baki hutang sebanyak RM30,000 dapat diselesaikan dengan bantuan rakan perniagaannya.

“Sebelum ini semua hutang dilunaskan hasil perkhidmatan yang saya tawarkan dan baki RM30,000 lagi dibantu rakan perniagaan kerana mereka percaya jika saya mampu fokus dengan bisnes tanpa bebanan hutang.

“Mereka yakin perniagaan bersama ini mampu pergi lebih jauh dan berjaya. Saya sudah membuka perniagaan konsultasi dan pemasaran bertujuan membantu B40 dan pengusaha kecil dan sederhana (SME) menguruskan perniagaan dan kewangan mereka,” kata Ariff.

Kehidupan Bertambah Baik, Media Sosial Turut Jadi Faktor Selesaikan Hutang

Tambah Ariff lagi, kehidupannya bertambah baik apabila dia kini tidak lagi tinggal di dalam kereta sebaliknya menetap di sebuah rumah yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Malah, dia turut mengharapkan agar perniagaan baharunya itu turut membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Dia yang juga merupakan bakat baharu dalam industri hiburan tanah air mengakui bahawa media sosial membantu dirinya dalam menyelesaikan hutang.

“Saya yakin jika media sosial digunakan dengan betul, ia mampu untuk membantu kita, namun bergantung perspektif masing-masing. Saya berjaya keluar daripada bebanan hutang dengan melaluinya dan pemasaran,” kata Ariff lagi.

Terdahulu, kisah Ariff mula menjadi perhatian apabila dia memilih untuk tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya selepas tertipu dengan pelaburan mata wang digital.

Dia sanggup melakukan pelbagai kerja antaranya seperti menyediakan khidmat pembersihan, menerima tempahan poster perniagaan dan copy writing semata-mata mahu melangsaikan hutang berjumlah RM1.2 juta.

Malah, dia juga sebelum ini sanggup menolak tawaran daripada pempengaruh terkenal, Aisar Khaled yang mahu memberinya rumah kerana tidak mahu selesa di atas kesusahan orang lain.

Namun, menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya pada minggu lalu, dia menyatakan bahawa hutang RM1.2 juta itu akan selesai sepenuhnya pada minggu ini.

@ariffpeter

Terima kasih rakyat-rakyat Malaysia yang mendoakan dan gunakan servis-servis saya selama ini untuk bayar hutang RM 1.2 Juta. . Alhamdulillah, Allah bukakan banyak jalan rezeki kepada saya daripada arah yang tak disangka-sangka. . Dulu tinggal dalam kereta, Allah gantikan dengan rumah yang elok. Dulu struggle nak makan, sekarang Allah bagi banyak pilihan nak makan. Dulu struggle nak bayar hutang, sekarang dah selesai. . Alhamdulillah, what a great journey for me. Allah Maha Besar ❤️

♬ Tanpa Rasa Bersalah – Fabio Asher

Baca Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Dedah Pernah Tawar Bantuan Rumah Kepada Pemuda Berhutang RM1 Juta, Tapi Ditolak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.