fbpx
Now Reading
Aisar Khaled Dedah Pernah Tawar Bantuan Rumah Kepada Pemuda Berhutang RM1 Juta, Tapi Ditolak [Video]

Aisar Khaled Dedah Pernah Tawar Bantuan Rumah Kepada Pemuda Berhutang RM1 Juta, Tapi Ditolak [Video]

Terdahulu, kisah Ariff mula tular di media sosial apabila dia memilih untuk tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya bagi menyelesaikan hutang lebih RM1 juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat tentang kisah seorang pemuda yang mempunyai hutang RM1 juta gara-gara terpedaya dengan pelaburan mata wang digital?

Kisah Ariff Luqman Peter Lisut atau Ariff Peter mula menjadi perhatian apabila dia menjadikan satu-satunya harta yang dia ada iaitu kereta Proton Wira miliknya sebagai tempat tinggal sejak dua tahun yang lalu.

Pada mulanya, tujuan Ariff berkongsikan video di TikTok hanyalah bertujuan mahu mencari kerja bagi membayar hutang yang masih berbaki RM90 ribu serta menampung kehidupan seharian.

Namun, siapa sangka kisahnya tular hinggakan ada pihak mahu menghulurkan bantuan buat dirinya termasuk pempengaruh media sosial, Aisar Khaled.

Pernah Ditawarkan Bantuan Rumah, Tapi Ditolak

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aisar di akaun Instagram miliknya, influencer itu menemu bual Ariff tentang perjalanan hidup Ariff selepas ditipu dengan pelaburan mata wang digital.

Apa yang menarik perhatian adalah pendedahan yang dibuat oleh Aisar bahawa dia pernah menawarkan tempat tinggal kepada pemuda berkenaan selepas tular kisahnya di media sosial namun Ariff menolak pemberiannya itu.

Malah, Aisar turut berkongsikan tangkap layar perbualan bersama Ariff ketika dia mahu menawarkan rumah kepada lelaki berkenaan.

“Saya sangat menghargai, saya tinggalkan keselesaan sebab nak selesaikan hutang ni. Saya tak nak selesa atas kesusahan orang lain,” balas Ariff menerusi tangkap layar yang dikongsikan.

Mengulas lanjut mengenai penolakan pemberian tersebut, Ariff di dalam perbualan itu berkata dia tidak mahu hidup selesa dan menyusahkan orang lain.

“Saya tak nak menyusahkan orang lain disebabkan kesilapan saya. Saya percaya yang Allah akan tolong kalau saya buat benda betul,” katanya.

Aisar Bagi RM5,000 Dengan Syarat Tawar Perkhidmatan Kepada Pengikut

Kagum dengan pendirian Ariff yang tidak mahu menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit atau kebendaan, Aisar memberi lelaki berkenaan wang tunai sebanyak RM5,000 dengan syarat Ariff perlu menawarkan perkhidmatan kepada pengikut Aisar.

“Mungkin kalau saya bagi sesuatu awak tak terima, boleh tak kalau saya bagi sesuatu ini tetapi engkau bagilah service apa-apa dekat follower, boleh?

“Dekat sini ada RM5,000, saya nak engkau tolong ramai orang dekat sana, orang-orang yang baru nak mula berniaga dan sebagainya, awak boleh tolong beberapa orang dalam follower saya,” kata Aisar kepada pemuda berkenaan.

Ariff kemudiannya dilihat bersetuju untuk menerima bantuan berkenaan dengan menyediakan perhidmatan seperti perkongsian ilmu kepada pengikut-pengikut yang memerlukan.

 “Saya akan share apa yang saya ada, ilmu tak banyak, dengan ilmu yang sedikit ni kalau saya share dengan ramai orang, hidup diorang boleh berubah dengan izin Allah,” kata Ariff.

Menerusi video berkenaan, Ariff turut memaklumkan bahawa baki hutangnya sebanyak RM90 ribu akan dapat diselesaikan pada minggu hadapan.

Ini bermaksud, pemuda berkenaan berjaya menyelesaikan kesemua hutangnya yang berjumlah RM1.2 juta.

Terdahulu, kisah Ariff mula tular di media sosial apabila dia memilih untuk tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya.

Malah, dia yang menanggung hutang bernilai RM1.2 juta itu dilihat bekerja keras dengan melakukan pelbagai pekerjaan antaranya seperti menyediakan khidmat pembersihan, sanitasi premis, menerima tempahan poster perniagaan, copy writing dan tempahan kandungan video bagi melangsaikan hutang tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Ariff yang sanggup bersusah payah tanpa mengharapkan bantuan orang lain untuk menyelesaikan hutangnya.

Respect Brother Ni, Nampak Redha & Tenang Walau Tengah Jatuh

Terbaik Bro Langsaikan Hutang, Orang Lain Makan Banyak Mana Dah Cabut Lari

Allah, Tak Terkata Kalau Jadi Macam Ni

Hebat Bro, Jadi Inspirasi Kepada Semua Orang

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.