fbpx
Now Reading
Balu Abam, Hidayah Doakan Perniagaan Ali Puteh Berjaya & Bayar Hutang, Dedah Tak Mahu Bermusuhan

Balu Abam, Hidayah Doakan Perniagaan Ali Puteh Berjaya & Bayar Hutang, Dedah Tak Mahu Bermusuhan

Menurut Hidayah, dia hanya mahu hutang itu diselesaikan dengan cepat dan tidak mahu ia berlarutan selain menyifatkan dirinya tidak tamak sebaliknya hanya mahu hak yang sepatutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, balu kepada pelawak arwah Abam, Siti Norhidayah Ali ada memaklumkan mengenai adik iparnya, Ali Puteh yang ingin membayar hutang dalam bentuk kenderaan iaitu motosikal.

Namun dia yang tidak bersetuju dengan perkara itu kemudian meminta agar Ali Puteh membayarnya seperti yang diarahkan oleh pihak mahkamah.

Minta jual dahulu motor yang ingin dibayar untuk selesaikan hutang

Antara motosikal yang ingin diberikan oleh pelawak itu adalah Yamaha RXZ, Yamaha 125Z serta Yamaha Y15.

Dia juga meminta agar motosikal terbabit dijual terlebih dahulu dan hutang itu dibayar dalam bentuk wang kepadanya.

Selain itu, Hidayah turut memuat naik perkongsian di media sosial mengenai perniagaan adik iparnya iaitu sambal petai dan jering berlado yang semakin maju dan mengingatkan untuk membayar hutang bernilai RM76,167.28 dan RM2,000 yang masih belum dijelaskan.

Baca artikel berkaitan: ‘Kenapa Tak Guna Duit?’- Hidayah Persoal Tindakan Ali Puteh Bayar Hutang Saman Guna Motosikal

Doakan perniagaan bekas adik ipar berjaya agar dapat langsaikan hutang

Terbaharu, Hidayah mengatakan dia berdoa agar perniagaan yang diusahakan oleh Ali itu akan berjaya supaya dia dapat menjelaskan hutang yang sudah lama belum dibayar.

Jelas Hidayah, dia hanya mahu hutang itu diselesaikan dengan cepat dan mendapatkan semula hak anak tunggalnya bersama arwah abam iaitu Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar.

“Saya berharap dia lunaskan semua hutangnya dan selepas selesai kita akan buat haluan masing-masing sebab perkara ini sudah berlarutan dengan agak lama lagipun saya sendiri tidak mahu bermusuhan, dia pun bapa saudara kepada Hamzah.

“Saya tidak tamak, saya hanya mahukan hak yang sepatutnya sahaja. Saya bukan hendak harta sebab saya ada perniagaan sendiri, harta sendiri, saya harap dia selesai dengan cara baik,” ujarnya lapor Kosmo.

Tak ada niat untuk bermusuhan dan mahu hubungan keluarga yang baik-baik

Menurut balu kepada pelawak itu lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk bermusuhan dengan Ali selain turut mendoakan agar pernigaan bekas adik ipar itu bertambah maju supaya dapat menjelaskan hutang.

“Saya nak yang terbaik sahaja, jika arwah suami ada lagi mungkin dia akan kecewa sekiranya mengetahui hal seperti ini berlaku dan sedih kerana anak masih kecil lagi.

“Saya juga nakkan hubungan kami sekeluarga semua baik-baik sahaja. Harap perniagaannya berjaya untuk selesaikan hutang selama ini.”

Sebagai rekod, pada 18 Februari 2022, mahkahmah telah memerintahkan Ali dan juga tiga lagi ahli keluarganya untuk membayar sebanyak RM60,000 kepada Hidayan disebabkan mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan balu arwah Abam itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.