fbpx
Now Reading
‘Kenapa Tak Guna Duit?’- Hidayah Persoal Tindakan Ali Puteh Bayar Hutang Saman Guna Motosikal

‘Kenapa Tak Guna Duit?’- Hidayah Persoal Tindakan Ali Puteh Bayar Hutang Saman Guna Motosikal

Hidayah yang merupakan balu Allahyarham Abam Bocey menganggap tindakan Ali Puteh yang mahu membayar hutang guna motosikal adalah tidak wajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kemelut yang berlaku di antara balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nur Hidayah serta bekas adik iparnya, Ali Puteh.

Kemuncak konflik di antara mereka berlaku apabila Hidayah mendakwa pelawak berkenaan menggunakan kata-kata mengaibkan di Instagram pada dua tahun lalu sebelum disusuli beberapa kemelut lain.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kemudiannya memerintahkan Ali Puteh dan tiga keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah yang menang ke atas kes saman itu pada Februari 2022.

Ali Mahu Bayar Guna Motosikal, Hidayah Anggap Ini Bukan Sistem Barter

Hidayah kemudiannya menjelaskan Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mahu membayar hutang dalam bentuk motosikal.

Namun, Hidayah menganggap tindakan Ali Puteh itu adalah tidak wajar dan perlu dibayar dalam bentuk wang tunai seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15.

“Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya,” katanya.

Ali & Keluarga Sepatutnya Jual Dahulu Motosikal

Hidayah berpendapat, hutang antara mereka bukan ‘sistem barter’ yang boleh diselesaikan dengan barang tanpa membabitkan wang tunai.

“Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang?

“Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?” katanya.

Terdahulu, Hidayah telah memuat naik satu hantaran berhubung perniagaan sambal petai dan jering berlado milik Ali yang dilihat semakin maju.

Menerusi hantaran tersebut, Ali dan keluarganya dikatakan belum melangsaikan hutang kepada Hidayah.

Malah, dia turut mengingatkan Ali dan kakaknya agar membayar hutang masing-masing sebanyak RM76,167.28 dan RM2,000.

Namun, Ali kemudiannya menjelaskan Hidayah yang menolak ‘pembayaran’ tersebut yang berupa beberapa buah motosikal.

Baca Artikel Berkaitan: Hidayah Balu Abam Minta Ali Puteh Bayar Tuntutan RM60K Tanpa Ansuran

Baca Artikel Berkaitan: “Rumah Tetap Ada Hak Balu”- Peguam Syarie Minta Ali Puteh Faham & Permudahkan Pengurusan Faraid

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.