Ini Senarai Promosi Ditawarkan KyoChon Pada Bulan Mac, Siap Ada Combo Untuk Ramadan!

Apabila bercakap tentang KyoChon 1991’s pasti sudah terbayang ayam yang digoreng rangup dan disaluti dengan kuah pedas atau madu atau kicap yang sering menjadi kegemaran ramai.

Malah ia juga menjadi pilihan yang tepat untuk dinikmati bersama rakan-rakan, keluarga dan juga insan tercinta.

Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada anda beberapa promosi yang dibuat oleh KyoChon 1991’s bersempena bulan Mac ini.

#1 Chikin’ Meal

Foto: Kyochon 1991’s

Perhatian kepada semua penggemar ayam bahagian peha ini berita baik buat anda. Bermula 1 Mac ini kunjungi ke restoran KyoChon 1991’s yang terpilih untuk mendapatkan Chikin Meal dengan harga RM9.95 (KLIA: RM13.95) sahaja.

Set ini boleh didapatkan pada setiap hari sehingga jam 3 petang, anda juga turut dihidangkan dengan:

  • Satu ketul ayam bahagian peha dengan perisa pilihan (Soy Garlic / Red Pepper/ Shinhwa)
  • Satu nasi putih
  • Satu minuman
  • Percuma sup rumpai laut
  • Percuma jeruk lobak putih

Menerusi laman KyoChon promosi ini hanya terdapat di lokasi yang disenaraikan di bawah:

Pavillion, Pearl Shopping Gallery, MyTown, The Gardens Mall, Pandan Indah, 1 Utama, Sunway Pyramid, IPC Shopping Centre, Setia City Mall, IOI Mall Puchong, IOI City Mall, SS2, Central i-City, Bandar Botanic Klang, Bangi Seksyen 9, Cheras Trader Square, Prima Sri Gombak, East Coast Mall Kuantan, Mid Valley Southkey, Toppen Shopping Centre, Johor Bahru City Square, AEON Mall Nilai, Pavilion Bukit Jalil, USJ Taipan, Penang Sentral Jaya, KLIA.

Rujuk terma dan syarat di sini.

#2 KyoChingu Chicken Combos – Ada setiap hari

Tak tahu nak order apa jika berseorangan atau ketika sedang bersama rakan-rakan? Jangan bimbang KyoChon 1991’s menawarkan kombo ayam KyoChingu. Setiap kombo ini datang bersama ayam yang sedap dan rangup dengan perasa yang dipilih, nasi steam, sup rumpai laut untuk dikongsi atau dinikmati sendiri.

Dengan kos tambahan, pelanggan juga boleh menaik taraf pilihan kombo mereka kepada pilihan nasi dan air yang lain.

Pasti pembaca di luar sana sudah mula terliur dan tak sabar untuk mendapatkan kombo ini. KyoChingu ini juga boleh dinikmati ketika makan di restoran termasuklah jika anda ingin membawa pulang ke rumah.

Anda juga boleh mendapatkan hidangan KyoChingu buat kanak-kanak dengan harga RM14.90.

Baca terma dan syarat di sini.

#3 Promosi KyoChon1991’s 32nd Anniversary (Hari Jadi) – Saeng Il Together & #Ayam32

Sudah tiba masanya untuk meraikan 32 tahun kelazatan, KyoChon 1991 kini sedang mencari kembar kepada Saeng Il! Sebagai kembar anda layak untuk mendapat AYAM PERCUMA.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah, berbelanja sekurang-kurangnya RM70 dalam satu resit dan boleh padankan tarikh lahir anda dengan tarikh lahir mereka (13 Mac 1991). Apa yang lebih menarik? ia tidak semestinya padanan yang tepat*.

  • Single Match: 8 ketul ayam bahagian kepak & peha.
  • Double Match: 12 ketul ayam bahagian kepak & peha.
  • Triple Match: 20 ketul kepak & peha.

Sebagai tanda terima kasih KyoChon1991 juga akan menawarkan ahli KyoChingu dengan satu promosi ekslusif yang dipanggil #Ayam32. Kesemua ahli KyoChingu akan menerima e-Baucar RM30 apabila berbelanja minimum RM100 dalam satu resit.

Tarikh promosi ini bermula dari 1 Mac hingga 14 Mac 2023.

*Lawati laman sesawang ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini.

#4 Baucar Bulanan KyoChingu (Mac2023) – Percuma 6 ketul “Future” Nugget + 1 air minuman e-baucar

Annyeong Haseyo buat KyoChingu’s! Dapatkan e-baucar untuk enam ketul “Future” nugget bersama satu minuman pilihan anda bila berbelanja sekurang-kurangnya RM70 dalam satu resit.

Untuk mendapatkan baucar ini apa yang perlu anda lakukan adalah daftar menjadi ahli KyoChingu di sini dan nikmati lebih banyak faedah serta promosi bulanan seperti yang ditawarkan.

Tarikh bagi tawaran ini dibuka bermula 1 hingga 31 Mac 2023. Layari laman sesawang ini untuk mengetahui terma dan syarat yang ditetapkan.

#5 Makan bersama KyoChon 1991 – Ramadan & Menu Raya

Tidak lama sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menyambut bulan Ramadan dan kami yakin ramai yang di luar sana telah mula merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Oleh itu, KyoChon 1991 mempunyai sesuatu yang istimewa buat anda yang mahu membuat pesanan di kedai atau menerusi laman sesawang kami pada Ramadan ini.

Bagi pelanggan yang ingin menikmati hidangan di kedai kami mempunyai dua kombo yang ditawarkan:

Riang Combo – RM65 (2 pax)

  • Setengah ekor ayam (Soy Garlic / Red Pepper/ Shinhwa / Honey).
  • 6 ketul “Future” nugget (original / pedas).
  • 2 nasi steam – 2 minimuman (Minute Maid Refresh Orange / Heaven & Earth Ice Lemon Tea / Heaven & Earth Passion Fruit Tea).
  • Percuma 2 biji buah kurma.

Meriah Combo – RM120 (4 pax)

  • Seekor ayam (Soy Garlic / Red Pepper/ Mixed/ Shinhwa/ Honey).
  • 5 Ketul jejari ayam Salsal.
  • 6 Ketul “Future” nugget (original / pedas)
  • 4 nasi steam – 4 minuman (Minute Maid Refresh Orange / Heaven & Earth Ice Lemon Tea / Heaven & Earth Passion Fruit Tea).
  • Percuma 4 biji buah kurma

Anda juga boleh menukar nasi steam kepada:

  • Nasi Goreng Bawang Putih, RM3.00 (satu hidangan).
  • Nasi Goreng Ayam, RM5.00 (satu hidangan).
  • Nasi Goreng Kimchi, RM8.00 (satu hidangan).

Buat tambahan

  • 2 ketul peha ayam dengan harga RM9.80 (Soy garlic / red pepper / mixed/ Shinhwa)

Untuk pesanan dari laman sesawang, terdapat dua pilihan yang boleh dipesan:

Kombo Ceria – RM45 (2 pax)

  • Setengah ekor ayam (Soy Garlic/ Red Pepper / Shinhwa/ Honey).
  • 1 tin air minuman (Minute Maid Refresh Orange / Heaven & Heaven & Earth Passion Fruit Tea).
  • 1 (tin) Minuman Minute Maid.
  • Percuma 2 biji buah kurma.

Kombo Fiesta – RM99.90 (4 pax)

  • Seekor ayam (Soy Garlic/ Red Pepper / Mixed / Shinhwa/ Honey).
  • 8 ketul peha ayam (Soy Garlic/ Red Pepper / Mixed / Shinhwa/ Honey).
  • Percuma 4 biji buah kurma

Pelanggan yang membuat belian dengan mana-mana kombo Makan bersama KyoChon 1991 layak mendapatkan Party cooler Beg pada harga RM17.90 sahaja (NP:19.90) dan nikmati RM2 diskaun apabila menggunakan beg tersebut ketika membungkus makanan dari kedai.

Tunggu apa lagi, Ramadan ini jom kita makan bersama KyoChon1991! Lawati laman sesawang ini untuk mengetahui terma dan syarat bagi promosi makan bersama Kyochon1991.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago