Art of Speed Malaysia (AOSM) hari ini (14 Mac) telah mengumumkan tarikh acara acara Kustom & Counter Culture terulung mereka iaitu Art Of Speed 2023 (AOS 2023) pada 29 dan 30 Julai nanti.
Pengasas AOS, Asep Ahmad Iskandar dalam satu sidang media berkata, acara tersebut akan berlangsung sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.
Menurut Asep lagi, AOS edisi ke-12 ini disifatkan sebagai acara terbesar yang pernah diadakan sejak ianya pertama kali ianya dilangsungkan pada 2012.
Ini kerana mereka bakal menggunakan kesemua dewan yang terdapat di MAEPS (Dewan A hingga Dewan D) dan kawasan sekitarnya bagi menampilkan lebih banyak aktiviti untuk peminat dan pengunjung.
Difahamkan kawasan untuk aktiviti dalam dewan adalah 350,000 kaki persegi manakala aktiviti outdoor seluas 8.6 ekar.
Sama seperti penganjuran terdahulu, AOS akan menjadi medan pameran pelbagai jenis kenderaan ekstrem termasuk motosikal kustom. Beliau menjangkakan AOS 2023 akan mempamerkan sekurang-kurangnya 500 kenderaan buat tatapan pengunjung.
Mereka juga bakal memperkenalkan Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal.
Sorotan untuk ThunderCircus termasuk pertunjukan aksi motosikal yang dipersembahkan oleh penunggang profesional, serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan dari sekitar rantau ini.
Bukan itu sahaja, peminat Hot Wheels pasti akan menjadi lebih teruja memandangkan AOS 2023 sudah menetapkan keseluruhan Dewan B untuk jenama permainan tersebut yang merangkumi pameran dan pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi.
Lebih menarik, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia juga akan turut diadakan.
Untuk memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik negara iaitu PROTON untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama.
Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition.
Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!
Berita baik untuk penggemar aktiviti outdoor pula!
Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023 – menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.
Hail Vintage kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka.
Tema tahun ini ialah MUZIK dan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.
Selain itu terdapat banyak lagi aktiviti tambahan menarik seperti:
Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…
Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.
Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…
Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.