Biadap! Jenama Pakaian Streetwear Di Australia Cetak Nama Allah Atas Baju Semasa Festival Fesyen Melbourne

Sejak semalam, tular di laman media sosial mengenai sebuah jenama pakaian streetwear yang bertindak biadab apabila mencetak kalimah ALLAH di atas baju yang dipakai di pentas fesyen pada Sabtu lalu (11 Mac).

Jenama yang dikenali sebagai Not A Man’s Dream itu menayangkan dua reka bentuk pakaian dalam pertunjukan terakhir Festival Fesyen Melbourne di Australia.

Tertera tulisan ‘ALLAH berjalan bersama saya’ di atas baju yang diperagakan

Dalam petunjukkan itu, salah satu rekaan menampilkan seorang model memakai jumpsuit tanpa lengan yang diperbuat daripada kain jenis lut sinar dengan tulisan Arab tertera ‘ALLAH berjalan bersama saya’ di seluruh baju itu.

Seorang blogger fesyen Muslim yang dikenali sebagai Mona Khalifa turut menghadiri pertunjukan itu dan dia amat terganggu selepas melihat rekaan hodoh dan biadap tersebut.

Sehubungan itu, Mona menerusi laman rasmi TikTok miliknya telah memuat naik satu video luahan rasa marahnya dan perasaan kesal dengan rekaan fesyen dan jenama pakaian berkenaan.

Jelasnya, rekaan itu secara terang-terangan tidak menghormati orang Islam dan Kristian Arab yang berkongsi perkataan Arab untuk Tuhan.

@monakhalifaxo_

@Melbourne Fashion Festival and Samantha saint james. We need more accountability. Something needs to change so this never happens again #fypシ #melbournefashionfestival #melbourne #australia #muslimtiktok #islamic_media

♬ original sound – Monakhalifaxo

Buat permohonan maaf secara terbuka selepas menjadi kontroversi

Bagaimanapun, penganjur Festival Fesyen Melbourne telah mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka pada Ahad lalu (13 Mac), lapor The Age.

Pihaknya juga telah memadam semua imej pakaian Not A Man’s Dream terutamanya yang tertera kalimah ALLAH itu di setiap laman media sosial rasminya.

Pengasas Not A Man’s Dream, Samantha Saint James turut tidak terkecuali apabila membuat permohonan maaf menerusi satu surat yang dihantar kepada The Age.

“Saya memohon maaf atas sebarang kesalahan atau rasa kurang hormat disebabkan oleh bahagian tertentu pada baju yang saya pamerkan di landasan MFF petang Sabtu.

“Saya sudah faham bagaimana beberapa pakaian telah menyebabkan orang tersinggung . Ia adalah bertentangan dengan niat saya dan untuk itu, saya benar-benar minta maaf,” kata Samantha.

Terdahulu, rekaan fesyen Not A Man’s Dream yang menggunakan kalimah ALLAH di atas bajunya telah tular di media sosial.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan bodoh dan biadap itu kerana tidak menghormati sensitiviti orang beragama Islam di seluruh dunia.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

6 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

6 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

8 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago