Wakil Parti Politik Dalam GLC: Lantikan Ditapis Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Kata Zahid

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu.

Lantikan tersebut yang disahkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ternyata mencetuskan pelbagai respon dari masyarakat.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah dan menyifatkan ia satu pelantikan yang tidak bersesuaian dengan prinsip kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam podcast Keluar Sekejap turut menyifatkan pelantikan itu seolah-olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa ia “habuan politik” memandangkan ramai tahu Asyraf merupakan penyokong kuat Zahid.

Selain Asyraf, Ahli Parlimen Balik Pulau yang juga Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Bakhtiar Wan Chik turut dilantik mengetuai satu lagi GLC iaitu MyCreative Ventures.

Sebarang lantikan di bawah pengetahuan Sekretariat Kerajaan

Terbaharu, Ahmad Zahid menjelaskan sebarang lantikan ahli atau profesional dari parti politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Zahid dalam satu sidang media selepas majlis pengenalan calon sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat negeri Pahang pada 14 Mac berkata, sebarang perlantikan hanya akan dimuktamadkan selepas semua parti yang membentuk kerajaan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu.

“Bagi mengelak konflik, kita melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.

“Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Zahid dalam masa sama turut menyuarakan rasa puas hati dengan prestasi menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) serta kementerian yang diterajui oleh pemimpin parti tersebut.

“Apa yang penting mereka dapat memenuhi harapan rakyat kerana imej mereka, malah saya sendiri adalah cerminan kepada imej Umno… khidmat yang diberikan mengubah persepsi bahawa tokoh-tokoh Umno boleh memberikan perkhidmatan yang baik,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

16 hours ago