Pelancong Jepun Dicabul Ketika Sambut Perayaan Holi Di India, 3 Suspek Ditahan

Rakyat Malaysia yang pernah ke India pasti tahu perayaan Holi adalah perayaan utama yang disambut penganut Hindu di negara itu.

Memandangkan perayaan tersebut disambut begitu meriah dan penuh warna-warna, ramai pelancong dan pengembara yang berada di sana akan turut serta meraikannya.

Namun niat seorang pelancong Jepun untuk merasai perayaan tersebut di Paharganj, New Delhi nyaris menjadi tragedi buruk apabila dia dikasari oleh sekumpulan pemuda di sana.

Lebih teruk lagi apabila dia turut dicabul oleh mereka dan insiden tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu.

Menerusi video yang tular di media sosial, wanita berkenaan dilihat dilumur dengan pewarna yang merupakan satu kebiasaan.

Kepala diketuk dengan telur selain diraba di bahagian dada

Namun aksi beberapa pemuda memecahkan telur di kepala selain meraba tubuh badan gadis tersebut termasuk dadanya menimbulkan kemarahan rakyat India sendiri.

“Happy Holy,” kata kumpulan pemuda tersebut.

Kemudian terdengar teriakan wanita tersebut yang menyebut, “Itai! Itai” dalam bahasa Jepun yang bermaksud ‘sakit’.

Malah reaksinya menampar seorang dari pemuda berkenaan sebelum berlari meninggalkan tempat itu turut menunjukkan bahawa dia sedang mempertahankan dirinya.

“Bayangkan adik kamu, emak atau isteri dilayan seperti itu di negara lain. Mungkin nanti kamu akan memahaminya,” kata pengguna Twitter, Ram Subramanian.

Sehubungan itu ramai yang mendesak pihak berkuasa India untuk mengambil tindakan agar kejadian serupa tidak berulang di masa hadapan.

Sehubungan itu, Polis Delhi telah menahan tiga pemuda yang disyaki terbabit dengan insiden tersebut.

Menurut India Today, pihak polis juga sudah menghubungi Kedutaan Jepun di India bagi mendapatkan maklumat mengenai mangsa. Namun mereka belum mendapat sebarang laporan mengenai insiden itu.

Polis percaya dia sudah meninggalkan India dan kini berada di Bangladesh.

‘Saya suka semua tentang India’ – Mangsa cabul

Memetik Daily Mail pula, meskipun berdepan insiden tersebut, pelancong berkenaan tetap menyukai negara Asia Selatan itu.

Bahkan dia menganggap apa yang terjadi tidak akan menukar perasaan sukanya terhadap India.

“Saya suka semua tentang India. Saya sudah ke sana banyak kali dan ia sebuah negara yang menarik. Ia negara yang cantik membuatkan kamu tidak akan membencinya walaupun berdepan insiden sebegini,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago