Ramadan Bakal Tiba, Ini 11 Amalan Yang Boleh Dilakukan Di Bulan Mulia

Tidak lama sahaja lagi, umat agama Islam bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Malah ketika bulan Ramadan juga ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadah lebih dari sebelumnya kerana ingin merebut ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Faiz telah menyenaraikan amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam ketika bulan Ramadan seperti yang dikongsikan oleh Datuk Ustaz Shamsuri Ahmad.

Meskipun amalan-amalan yang disenaraikan ini tidak wajib untuk dilakukan, namun ia juga tidak rugi jika dilakukan kerana dapat melatih diri untuk membuat lebih banyak amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

11 amalan di bulan Ramadan yang boleh dilakukan

Antara amalan tersebut adalah:

  1. Bangun sahur – seseorang yang bangun sahur ketika berpuasa adalah perkara sunat malah ia juga turut mempunyai keberkatan seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
  2. Sembahyang Tahajud – terdapat pelbagai kebaikan bagi mereka yang melakukan solat sunat tahajud antaranya bagus untuk tubuh badan seperti melancarkan aliran darah. Oleh itu, sebelum bersahur adalah baik untuk anda melakukan solat tahajud terlebih dahulu.
  3. Solat sunat rawatib (Ba’diyah & Qabliyyah) sebagai contoh Qabliyyah dilakukan apabila masuk waktu subuh dan asar manakala Ba’diyah pula dilakukan selepas solat zohor, maghrib dan isyak.
  4. Melakukan solat berjemaah pada setiap waktu, sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik dari solat sendirian sebanyak 27 darjat.
  5. Baca al-Quran sebaik selesai mendirikan solat fardu sebagai contoh selepas solat subuh baca 4 halaman manakala ketika asar membaca 8 halaman.
  6. Solat Dhuha sekurang-kurangnya sebanyak 2 rakaat, solat sunat ini dilakukan ketika matahari sudah terbit dan sebelum masuk waktu zuhur. Antara kelebihan melakukan solat Dhuha adalah kunci kepada pembuka rezeki dan juga menjadi amalan penghapus dosa.
  7. Tidak melengahkan waktu berbuka puasa tanpa sebarang sebab yang munasabah malah perkara ini turut diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Antara hikmat disunatkan untuk berbuka dengan segera agar kita tidak tergesa-gesa untuk mengejar waktu solat seperti maghrib, isyak dan tarawih yang akan bermula selepas berbuka.
  8. Mendirikan solat terawih mengikut kemampuan masing-masing.
  9. Melakukan solat witir, solat ini dilakukan dengan bilangan yang ganjil contohnya seperti satu, tiga atau lima rakaat. Ia juga dilakukan selepas solat Isyak.
  10. Menjaga anggota badan dari perkara yang boleh mengurangkan pahala sebagai contoh mulut agar tidak bercakap buruk tentang orang lain, mengumpat, mengeji dan sebagainya.
  11. Sentiasa bersedekah, perlu tahu sedekah boleh dilakukan dengan banyak perkara selain dari memberikan wang contohnya makanan, bantuan dan banyak lagi.

Di bulan yang mulia ini, semoga kita semua tidak melepaskan peluang dari merebut pahala sebanyak yang boleh kerana ketika bulan Ramadan Allah membuka seluruh pintu syurga dan menutup setiap pintu neraka.

Semoga kehadiran Ramadan ini memberikan anda semua keberkatan dalam mencari keredaan Allah SWT.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

46 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago