Ini 6 Waktu Mustajab Untuk Berdoa Ketika Bulan Ramadan

Tidak lama sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Apa yang lebih istimewa ketika bulan Ramadan ini terdapat banyak ibadah khas yang boleh dilakukan selain berpuasa contohnya menunaikan solat tarawih, bersahur, memberi orang makan semasa berbuka dan lain-lain.

Malah ramai turut mengambil kesempatan untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT kerana terdapat banyak waktu yang mustajab di bulan mulia ini.

Di bawah kami kongsikan enam waktu mustajab untuk berdoa semasa bulan mulia ini.

#1 Waktu sahur

Bangun dari tidur semasa waktu sahur adalah sesuatu perkara yang sunat namun ia digalakkan agar mereka yang berpuasa mempunyai tenaga untuk memulakan hari mereka dan ia dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Selain bersahur, waktu ini juga boleh digunakan untuk berdoa, Allah SWT berfirman:

“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampun.” – Surah Adz Dzariyat: Ayat 18.

#2 Semasa sedang berpuasa

Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga dan ia diwajibkan kepada setiap yang berkemampuan sebagai contoh kesihatan.

Maka bagi orang yang berpuasa ia adalah waktu yang mustajab untuk seseorang itu berdoa sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) pemimpin yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” – Hadis riwayat Ibnu Tarmidzi

#3 Sewaktu azan berkumandang

Kebiasaanya ketika menanti waktu berbuka pasti kita sedang sibuk menyediakan juadah atau ada yang tidak sabar kerana telah sudah seharian menahan lapar sehingga lupa bahawa sebenarnya anda boleh berdoa ketika azan berkumandang.

Rasulullah bersabda:

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk ketika kedua kubu saling menyerang.” – Hadis riwayat Abu Daud.

#4 Waktu satu pertiga malam

Pada bulan biasa, selalunya waktu satu pertiga malam ini digunakan untuk melakukan solat tahajud.

Selain solat tahajud, ia juga adalah waktu yang baik untuk berdoa dan mudah untuk dilakukan memandangkan anda akan bangun pada waktu sahur.

Rasulullah SAW bersabda:

“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman: Siapa sahaja yang berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni.” – Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim.

#5 Sewaktu menjelang berbuka puasa

Selepas penat seharian berpuasa, jangan lepaskan waktu keemasan ini untuk berdoa kepada Allah SWT sebelum masuknya waktu berbuka.

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.” – Hadis riwayat Ibnu Majah.

Foto: Pexels

#6 Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bahkan malam istimewa ini adalah antara malam yang sering dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam.

Oleh itu, malam Lailatul Qadar adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Ia juga turut diceritakan oleh Ummum Mu’minin Aisyah RA.

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatur Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampuni”] – Hadis riwayat Tirmidzi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

9 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

10 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

10 hours ago