Selangor Tidak Benarkan Imam Dari Luar Negara Untuk Solat Tarawih, Mahu Beri Peluang Kepada Warga Tempatan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan.

Selain berpuasa antara ibadat yang tidak akan dilepaskan pastinya solat tarawih yang hanya boleh dilakukan ketika bulan mulia ini sahaja.

Oleh itu, adakalanya beberapa masjid mahupun surau akan memanggil imam jemputan untuk menyempurnakan ibadah itu.

JAIS tak benarkan imam dari luar negara untuk solat tarawih di Selangor

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak untuk tidak membenarkan imam dari luar negara untuk menjadi imam ketika solat tarawih di masjid mahupun surau di seluruh negeri tersebut.

Pengarah JAIS, Datuk Haji Mohd Shahizan berkata keputusan itu telah dibuat oleh Majlis Agama Islam (MAIS) sejak 2015 lagi.

Beri peluang kepada anak-anak tempatan

Menurutnya, larangan atau sekatan yang berkuatkuasa sepanjang Ramadan ini dilakukan untuk memberi peluang kepada imam-imam tempatan, para asatizah, graduan, serta pelajar tahfiz yang telah menguasai aspek Al-Quran yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah untuk menjadi seorang imam.

“Penglibatan anak tempatan dan pelajar-pelajar keluaran sistem pendidikan JAIS dalam pelbagai disiplin ilmu agama sebagai imam solata tarawih dibuat agar Ramadan dapat dijadikan sebagai latihan, pengukuhan, keyakinan serta outreach para huffaz bersama masyarakat.

“Ketetapan juga dibuat sebagai antara usaha untuk menyediakan imam pelapis bagi mengisi keperluan imam di masjid atau surau di negeri itu di masa hadapan,” katanya.

Larangan & sekatan untuk atasi dari para imam, huffaz terpinggir

Malah keputusan ini juga adalah untuk mengatasi dari wujudnya sikap segelintir individu atau pihak yang menawarkan imam solat tarawih dari luar negara dengan bayaran tertentu.

Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan imam sedia ada, imam tempatan serta para huffaz terpinggir di negeri tersebut.

Selain itu terdapat juga situasi di mana apabila hadirnya imam dari luar negara ini ia turut menimbulkan beberapa isu seperti fahaman mazhab yang berbeza dalam pelaksanaan solat.

Malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat kutipan derma untuk faedah dan manfaat orang Islam yang tidak mendapat kebenaran mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“JAIS sentiasa bekerjasama rapat dengan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dalam menyediakan para huffaz untuk menjadi imam solat tarawih.

“Pihak masjid dan surau boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai perkara ini.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

11 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

18 mins ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

48 mins ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

2 hours ago
  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

4 hours ago