Insiden Kanak-Kanak Digilis Treler Di Klang, Motosikal Terbabas Kerana Jalan Berpasir

Semalam (22 Mac) kami ada melaporkan tentang kemalangan di antara sebuah treler dengan motosikal yang menyebabkan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama adiknya dan penunggang motosikal iaitu seorang wanita yang juga pengasuh mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah rendah agama di Kampung Telok Gong, Klang.

Baca artikel berkaitan: Pelajar Perempuan Usia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

3 mangsa jatuh lepas motosikal dinaiki terbabas kerana jalan berpasir

Terbaharu, polis memaklumkan kejadian itu berlaku apabila motosikal yang dinaiki oleh kesemua mangsa terjatuh kerana tidak dapat dikawal semasa melalui bahu jalan yang berpasir.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong memaklumkan kejadian berlaku pada jam 11.45 pagi dan treler tersebut dari Klang ingin menuju ke Telok Gong.

Namun sebaik sahaja sampai di persimpangan Jalan Bawal, Telok Gong terdapat sebuah motosikal ditunggang oleh seorang wanita bersama dua pelajar telah keluar dari simpang itu dan menghala ke Teluk Gong.

“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan pembonceng terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan telah digilis oleh roda tayar belakang treler dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Wanita dan adik lelaki mangsa dibawa ke HTAR Klang untuk rawatan lanjut

Dilaporkan wanita berkenaan mengalami kecederaan patah tangan sebelah kanan manakala adik lelaki arwah cedera di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi rawatan lanjut.

“Ketiga-tiga penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar. Pemandu treler berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dipukul oleh orang ramai,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, tular di TikTok satu rakaman dashcam yang didakwa sempat dirakam semasa insiden berlaku.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kepastian dari pihak berkuasa yang mengesahkan video tersebut ada kaitan dengan kejadian yang berlaku

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 hours ago