Nak Naikkan Semangat Murid, Guru Transformasi Bilik Darjah Dengan Tema Marvel Curi Tumpuan Ramai [Video]

Profesion sebagai seorang guru bukanlah sekadar satu kerjaya sebaliknya ia mempunyai tangggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak bangsa.

Malah guru juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak didik mereka berjaya dalam pelajaran demi masa depan yang lebih baik.

Demi pelajar guru sanggup hias kelas guna tema adiwira

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang guru yang sanggup melakukan transformasi sebuah bilik darjah yang buruk hingga menjadi cantik demi menyuntik semangat anak muridnya untuk belajar dalam keadaan selesa.

Menerusi video dikongsikan oleh Hanif Azahar, dia pada awalnya menunjukkan keadaan di dalam sebuah bilik darjah yang kelihatan ‘suram’ dengan dinding yang kotor dan berpendapat anak didiknya memerlukan kelas yang lebih baik untuk ke sekolah setiap hari.

Dia kemudian telah memikirkan beberapa tema yang menarik untuk mengubah suai kelas tersebut dan akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan tema adiwira dari filem Marvel seperti Thor, Ironman, Captain America dan banyak lagi.

Malah pintu hadapannya turut dihiasi dengan perkataan “Selamat Datang Tengku Mariam Superheroes”.

Meja turut dihiasi dengan karakter superheroes filem Marvel

Bukan hanya itu, setiap kumpulan yang terdiri daripada beberapa meja mempunyai karakter dan tugas mereka yang tersendiri sebagai contoh kumpulan Spiderman akan membersihkan tingkap manakala Captain Amerika bertugas untuk memastikan lantai sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Apa yang lebih menarik, setiap kumpulan juga akan diberikan anugerah yang akan ditampalkan di sebuah papan yang disediakan dan guru turut meletakkan kata-kata positif untuk menggalakkan mereka sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Selain itu, mereka juga boleh meluahkan perasaan mereka menerusi peti surat atau berkongsi perasaan mereka menggunakan pelekat yang ditulis dengan nama mereka.

Guru ini juga turut mengecat semula dinding yang kotor dengan warna kuning cair agar kelas tersebut tampak lebih terang dan ceria.

“Di dalam kelas, kita semua adalah adiwira,” kata guru itu.

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh guru tersebut hingga membuatkan mereka ingin menjadi pelajar semula.

“Wah.. bestnya ada cikgu macam ni”

“Cikgu Bahasa Inggeris memang kreatif dari zaman aku sekolah lagi”

“Thor sekarang dah jadi lebih berilmu, alhamdulillah”

“Hebat cikgu, good job”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

14 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

40 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago