“Logik Ke Minta RM1300 Jaga 2 Minggu?” – Sam Bunkface Bidas Tuduhan Bekas Isteri, Nafi Abaikan Anak [Video]

Baru-baru ini, tular laporan media mengenai bekas isteri penyanyi kumpulan Bunkface, Sam iaitu Aida Azira Hussin yang tidak bersetuju dengan permohonan suaminya untuk membuat pindaan berhubung nafkah anak lelaki mereka

Tegas Azira, sudah menjadi tanggungjawab buat Sam sebagai bapa untuk menguruskan nafkah buat anak mereka dan bukannya memohon untuk ia dipinda.

Bahkan dia mendakwa sudah enam bulan penyanyi itu tidak berjumpa dengan anak mereka.

Isu tersebut menyebabkan Sam atau nama betulnya Shamsul Anuar Mohd dikecam orang ramai.

Tidak mahu terus berdiam diri, Sam menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik video penjelasan dari pihaknya berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh Aida.

Sam tidak pernah abaikan tanggungjawab dan beri nafkah kepada anaknya

Menurut Sam, dia tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawab dan tidak memberi nafkah kepada anak tunggalnya, Maleeq sejak mereka bercerai.

“Dia mintak RM1,300 sebulan dan masa saya mohon pindaan ini di mahkamah dua tahun lepas, Arragment penjagaan Maleeq adalah secara sama rata, dia jaga dua minggu dan saya jaga dua minggu.

“Logik tak kalau saya mohon pindaan ini ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di mana punca pendapatan saya sangat terhad dan lebih dua tahun perniagaan kami terjejas,” katanya.

Tambah Sam, walaupun tanggungjawabnya bertambah semasa PKP, dia tetap memberi nafkah dan menjaga anaknya itu.

Jelasnya lagi, dia sememangnya tidak pernah berkongsi dan menunjukkan kesenangan ataupun kesusahan tentang kehidupannya di dalam media sosial.

Bukti tidak mampu beri nafkah yang tinggi Sam sudah berikan kepada mahkamah

Selain itu, Sam berkata segala bukti mengenai ketidakmampuan dirinya untuk membayar nafkah yang tinggi telahpun diberikan kepada mahkamah dan diketahui oleh bekas isterinya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Situasi itu juga mendakwa terdapat kekakangan untuk dirinya bertemu dengan anak lelakinya itu.

“Kali terakhir saya jumpa Maleeq pada 19 Disember 2022. Apa yang lima enam bulan? Baru tiga bulan.

“Aida letak Maleeq dekat Masjid Tanah, Melaka dari bulan Julai 2022 tanpa kebenaran dan pengetahuan saya.”

Sam dakwa terpaksa sekat nombor Aida kerana ada ugutan dan sukar dibawa bincang

Menurut Sam lagi, dia juga terpaksa menyekat nombor telefon Aida kerana mendakwa wanita itu cuba mengugut dan sukar dibawa berbincang.

Di akhir perkongsian, Sam menasihati Aida untuk menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab selain mengatakan dia boleh menjaga Maleeq sekiranya bekas isterinya itu tidak mampu menjaga anak mereka.

“Jangan pura-pura jadi mangsa. Ikutkan banyak lagi isu, tetapi saya tak nak buka aib dia. Tujuan saya sekarang hanya nak ceritakan kebenaran supaya fitnah ditaburnya tidak merebak,” kata Sam menutup penjelasannya di dalam video.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

7 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

8 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

9 hours ago