Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di India berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan kecemasan, gara-gara menelan telefon bimbit selepas berlaku perselisihan faham dengan abangnya.
Menurut doktor bedah, pergaduhan dua beradik yang berlaku pada 7 April lalu di daerah Bhind, Madhya Pradesh tersebut telah membawa kepada kejadian buruk.
Memetik laporan New York Post, dua beradik itu dilaporkan bertelingkah menegenai sebuah telefon bimbit buatan China dan untuk menamatkan pertelingkahan tersebut remaja berkenaan bertindak menelan alat elektronik terbabit.
“Semasa perasaan marah memuncak ketika pergaduhan berlaku, dia (remaja perempuan) telah mengambil langkah impulsif dengan menelan telefon bimbit berkenaan,” jelas doktor yang terkejut dengan kejadian itu.
Tidak lama kemudian, gadis berkenaan mengadu apabila mengalami rasa sakit yang teruk.
Jelas doktor, remaja perempuan itu mula mengalami gejala seperti sakit perut yang kronik dan muntah berulang kali, ini menyebabkan ahli keluarganya bertindak untuk menghantar remaja tersebut ke Hospital Jaya Arogya di bandar Gwalior untuk pemeriksaan lanjut.
Sejurus sampai di hospital pakar bedah kemudian melakukan beberapa ujian seperti imbasan CT, X-ray dan juga ultrasound.
Mereka kemudian memaklumkan telefon tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan kaedah endoskop dan pembedahan merupakan satu-satunya pilihan yang dimiliki untuk menyelamatkan remaja tersebut.
Menurut pakar bedah Dr Naveen Kushwah, selepas dua jam bertarung untuk melakukan pembedahan, akhirnya doktor dan pasukannya berjaya mengeluarkan telefon bimbit tersebut.
Ketika pembedahan dilakukan remaja tersebut menerima sebanyak 10 jahitan namun keadaanya kini dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi.
Kata Dr Kushwah ini merupakan pengalaman pertamanya menghadapi situasi ini selama 20 tahun menjadi seorang doktor.
Disebabkan insiden tersebut Dr Kushwah turut meminta ibu bapa agar lebih berhati-hati sebelum memberi telefon bimbit kepada anak-anak.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…