“Masih Dalam Wuduk” – Jemaah Wanita Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Kereta Usai Solat Tarawih Di Tanah Suci [Video]

Umum mengetahui, bulan Ramadan atau bulan puasa merupakan bulan yang paling mulia buat seluruh umat Islam.

Hal ini kerana di bulan Ramadan, umat Islam harus mengawal nafsu dan dan memperbanyakkan amal ibadah seperti solat tarawih, berzikir nak sebagainya.

Tidak hanya itu, kebanyakan perkara yang berlaku di bulan Ramadan juga dianggap sebagai sesuatu yang baik termasuklah dengan kematian seseorang umat Islam.

Jemaah Malaysia di Tanah Suci meninggal dunia pada 12 Ramadan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang Jemaah wanita Malaysia yang berada di Tanah Suci meninggal dunia pada 2 April lalu bersamaan hari ke-12 Ramadan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @abukhaleef2, jemaah wanita yang dikenali sebagai Hajah Neshah Abdullah itu meninggal dunia akibat dilanggar kereta semasa pulang dari menunaikan solat Tarawih dalam keadaan masih mempunyai wuduk.

“Puan Neshah gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada malam tersebut. Beliau dilanggar kereta semasa melintas jalan raya seusai mengerjakan solat tarawih.

“Almarhummah seorang isteri, ibu dan Muslimah yang sangat baik. Mati di sebaik-baik tempat, di bulan yang terbaik, seusai mengerjakan sebaik baik amalan,” tulisnya di dalam video.

@abukhaleef2

MasyaAllah, sebelum ni biasa dengar je jemaah malaysia meninggal di Tanah Suci, belum ada pengalaman sendiri. Kali ni Allah swt hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis, berurusan dgn bilik mayat, bawa ke bilik mandian jenazah seterusnya bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini. Alhamdulillah semuanya dilancarkan Allah swt, kagum sangat dengan petugas Harmony Excellence. Semua bertungkus lumus dalam menguruskan kematian dan pengkebumian Al Marhumah. Siap buat google live dgn semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat bila dengar suara tangisan dari keluarga di malaysia, namun semua mengucapkan kata2 positive kpd suami arwah, Abg Muhamad Nur. Sampai je tanah perkuburan dgn van jenazah, uncle Nor Hashim dan standby kat sana dgn petugas yg lain. Suami dan adik arwah sama2 masuk liang lahad, semua puas hati dan redha dgn pemergian Al Marhumah. Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran ayat 185 ‎كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari Kiamat kelak sajalah akan diberikan balasanmu dengan sempurna. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” ‎ ‎إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون ‎ا‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ #harmonyexcellenceholidays #matiitupasti😔 #husnulkhotimah #matidimekah #syahiddijalanallah

♬ original sound – AbuKhaleef – AbuKhaleef

Jenazah Allahyarham disolatkan dan didoakan jutaan umat Islam di Masjidil Haram

Difahamkan, Allahyarhamah juga disolatkan dan didoakan oleh jutaan umat Islam di Masjidil Haram, Mekah sebelum dikebumikan di Maqbarah Suraya.

Pada masa sama, seorang wakil agensi perkhidmatan umrah Harmony Excellence Holiday berkata proses pengurusan dan pengebumian jenazah sangat mudah selain menyifatkan kematian arwah sebagai sesuatu yang dicemburui.

“Kita sekarang di Maqbarah Suraya dekat dengan Masjidil Haram, Allah Taala terima jemaah kita Nesha Binti Abdullah di bulan yang terbaik dalam keadaan menyempurnakan sebaik-baik amalan.

“Mudah-mudahan kematiannya menjadi asbab kebaikan untuk seluruh ahli keluarganya dan buat kita semua juga beri pengajaran untuk kita,” katanya.

Kisah sama turut dikongsikan oleh Harmony Excellence Holidays di laman Facebook rasminya.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

4 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago