Usahawan Hadiahkan Anak 5 Tahun Mercedez G Wagon Sempena Hari Jadi, Harap Anak Rajin Ke Sekolah [Video]

Setiap kali tibanya sambutan hari jadi anak-anak, sudah tentu ibu bapa adalah individu yang paling tidak sabar untuk menyambutnya.

Oleh itu, segelintir daripada ibu bapa akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi anak kesayangannya yang kebiasaannya dihadiri oleh rakan serta sanak saudara yang terdekat.

Buat si anak pula, apabila sambutan hari jadi, salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan pastinya hadiah yang bakal diterimanya nanti.

Ibu bapa beri kejutan hadiahkan anak Mercedes G Wagon

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menerima hadiah kereta jenis Mercedes benz G Wagon pada hari jadinya yang ke-5 tahun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya iaitu usahawan, Farhana Zahra anaknya, Nur Fatima Az Zahra pada awalnya ditutupkan mata sebelum mereka membuat kejutan menunjukkan kenderaan tersebut berada di dalam sebuah bongkah lut sinar di hadapannya.

Kelihatan wajah kanak-kanak tersebut tersenyum sebaik sahaja melihat Mercedes G Wagon yang berwarna kelabu. Malah bongkah itu turut dihiasi dengan belon yang banyak berwarna biru dan putih.

Menurut ibunya, dia berharap dengan pemberian hadiah tersebut kanak-kanak itu akan rajin ke sekolah dan mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor kelak.

“Happy birthday anak mama Nur Fatima Az Zahra yang ke-5 tahun. Semoga asbab dari hadiah kereta impian ni, Fatima rajin ke sekolah.

“Semoga cita-cita anak mama nak jadi doktor, tercapai,” katanya.

Di ruangan kapsyen ibunya menyatakan kerana terlalu gembira dengan hadiah yang diterimanya, si anak asyik meminta untuk memegang kunci sahaja.

“Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ❤️❤️❤️ happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha.”

@farhanazahra91

Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ❤️❤️❤️ happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Tunjuk replika kereta sebelum berikan kejutan sebenar

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, si ibu turut bertanya hadiah apakah yang diinginkan oleh anak perempuannya dan kemudian memberikan replika kereta terbabit sebelum menunjukkan hadiah sebenar yang bakal diterimanya.

Sebelum menerima replika itu, Fatima memberitahu dia mahu menggunakan kereta tersebut untuk ke sekolah.

“Nampak kereta betul baru senyum, panjang betul akal budak ni,” katanya.

Dalam video juga turut menunjukkan bapa kepada Fatima membawa kenderaan tersebut bersama Fatima dan ibunya keluar dari bongkah lut sinar berkenaan.

“Tak sabar Cikna nak hantar Fatima pergi sekolah sebab bulan 1 hari tu dah hantar tapi hari-hari dia berlakon sakit. Lepas tu dia cakap dia belum 5 tahun lagi sebab belum hari jadi dia lagi.

“Kali ni dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah, panjang betul akal dia ni! Nanti korang nak tengok Cikna buat video hari dia pergi sekolah tak?” tulis ibunya, di ruang kapsyen.

@farhanazahra91

Tak sabar cikna nak hantar fatima pergi sekolah hahaha sebab bulan 1 hari tu da hantar tp hari2 dia belakon sakit, lepas tu dia cakap dia belom cukup 5 tahun lagi sebab belom birthday dia, kali ni dia cakap dapat hadiah G WAGON dia nak g sekolah haha panjang betul akal dia ni ! Nt korang nak tgok cikna wat video hari dia g sekolah x? 🤣🤣 #fatimaazzahraturn5 #fyp #gwagoncikna #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan Fatima beruntung kerana diberikah hadiah kereta itu diusia yang masih muda.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan dia menjadi seorang anak yang baik.

“Pertanyaan kak terjawab sudah. Terserempak dekat highway Karak semalam”

“Alhamdulillah, semoga semakin melimpah ruah rezeki Cikna dan keluarga”

“Hebat anak dia kecil-kecil dah kenal kereta mahal”

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

1 hour ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

4 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

18 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago