Syamsul Yusof & Puteri Sarah Setuju Bercerai Pada 18 April Ini

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana seperti menemui jalan noktahnya apabila Syamsul bersetuju untuk melafazkan cerai kepada isteri pertamanya itu pada 18 April ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pelakon drama ‘Andai Itu Takdirnya’ itu turut memanjatkan rasa syukur apabila urusan berkenaan mendapat kata sepakat serta ia tidak lagi perlu dipanjangkan.

Berjumpa untuk berbincang untuk mendapatkan kata sepakat

Jelasnya, dirinya dah pihak suami telah berjumpa pada 9 April untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Syukur alhamdulilah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikan semalam (9 April).

“Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah,” ujarnya.

Tak mahu panjangkan isu rumah tangga

Kata pelakon tersebut, pengarah terkenal itu sememangnya mahu menyelesaikan isu rumah tangga mereka agar ia tidak perlu dipanjangkan lagi.

“Saya pun sudah tahu apa saya nak, apa dia nak, cuma tunggu peguam buatkan kontrak persetujuan untuk ditanda tangan,” jelasnya dipetik Harian Metro.

Pada hari ini, kedua pasangan itu sepatutnya akan mendengar sebutan bagi keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai yang difailkan sebelum ini. Namun ia kini dianggap selesai memandangkan kedua-dua pihak telah bertemu serta mempunyai kata sepakat seperti yang dipersetujui oleh mereka

Sebelum ini, Syamsul telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac dan ia kemudian diperdengarkan untuk kali pertama pada 6 April lepas.

Syamsul kemudian meminta agar orang ramai untuk mendoakan perhubungan mereka selain menyatakan dia reda dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertamanya itu.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

2 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago