fbpx
Now Reading
“Saya Tak Mahu Lukakan Hati Puteri Sarah Lagi” – Syamsul Yusof Reda Dengan Apa Saja Keputusan Mahkamah Kelak

“Saya Tak Mahu Lukakan Hati Puteri Sarah Lagi” – Syamsul Yusof Reda Dengan Apa Saja Keputusan Mahkamah Kelak

Syamsul Yusof yang ditemui media hari ini di mahkamah bagaimanapun berkata tidak mahu mengulas lanjut dan hanya meminta agar orang ramai doakan yang terbaik buat mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut rumah tangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terkini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak menetapkan 8 Mei hadapan sebagai tarikh baharu bagi sebutan semula kes tuntutan nusyuz yang pernah difailkan oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah.

Hal ini berikutan pada 21 Mac lalu, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah kerana mendakwa isteri pertamanya itu telah berlaku curang bersama lelaki lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Boleh Terima Bila Tahu Isteri Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof Failkan Nusyuz

Puteri Sarah tak dapat hadir ke mahakamah kerana tuntutan kerja

Menurut Syamsul yang hadir ke mahkamah bersama peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais, Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja di luar negara.

“Saya tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

“Doakan yang terbaik kerana kadang-kadang kita tidak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa sahaja,” katanya kepada Berita Harian hari ini (6 April).

Syamsul reda dengan apa sahaja yang berlaku

Sementara itu, ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes cerai pada Isnin depan, Pengarah filem Mat Kilau itu reda dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

“Insya-Allah, saya cuba reda dengan apa sahaja, mudah-mudahan begitu juga dengan Puteri Sarah.

“Saya pun tidak mahu mengeluarkan kenyataan melukakan hati Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik,” ujarnya.

Mahkamah arah Puteri Sarah dan Syamsul Yusof lantik wakil JKP bagi kes cerai

Terdahulu, pasangan suami isteri itu diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur agar melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes permohonan cerai tersebut.

Hakim Syarie Akmaluddin Illyas semasa prosiding berjalan pada 9.45 pagi pada 7 Mac lalu mengarahkan agar proses berkenaan dibuat selepas kes tersebut disebut dihadapannya dan dihadiri oleh kedua pihak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.