Warga Emas Gigih Jadi Penghantar Makanan Meski Sudah Bongkok Buat Ramai Sebak & Sedar Erti Bersyukur [Video]

Setiap manusia pasti menginginkan kehidupan yang senang, namun tak semua orang dikurniakan rezeki untuk menjadi kaya raya.

Bagaimanapun, sebagai seorang Mukmin yang beriman, hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kerana masih ramai lagi insan yang tidak bernasib baik dan hidup serba kekurangan.

Warga emas uzur masih mencari rezeki dengan menghantar makanan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang meruntun hati apabila seorang warga emas yang kelihatan uzur masih mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @hazwanhfiz, kelihatan seorang pakcik sedang membawa beg daripada syarikat penghantar makanan, GrabFood dalam keadaan membongkok.

Difahamkan, warga emas terbabit mengambil dan menghantar makanan kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur.

“Dalam bongkok-bongkok dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni. Moga dipermudah  segala urusan beliau,” tulis di ruangan kapsyen.

Tiada cuti raya, hanya berehat jika ingin solat

Lebih menimbulkan perasaan sebak, ketika pemilik video bertanya soal cuti raya, warga emas terbabit memaklumkan dia tidak mengambil cuti dan hanya berehat semasa ingin solat.

Malah, warga emas terbabit juga hanya berbuka puasa dengan mengambil makanan di surau atau masjid di kawasan sekitar.

“Saya berbuka ambil kat surau Hartamas, dah bagi sedekah macam-macam. Dah makan ‘On’ balik lah (sambung kerja).

“Tak cuti raya, rehat pun takda. Kalau nak solat je rehat,” kata warga emas itu.

@hazwanhfiz

Kesian pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni. Dalam bongkok² dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni.. Moga dipermudah segala urusan beliau. Yang biasa duduk di Mont Kiara & Sri Hartamas mesti biasa jumpa pakcik ‘legend’ ni. #Grabfood #MontKiara #SriHartamas

♬ original sound – Jayhadee®️ – Jayhadee®️

Pakcik Zakaria jadi rider sejak 2021 untuk menyara hidup

Menurut seorang pengguna TikTok akaun @danielashraf1370, dia pernah terserempak dengan warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zakaria itu pada tahun 2021 di stesen minyak sekitar Sri Hartamas.

Difahamkan pada waktu itu, pakcik Zakaria berusia 68 tahun dan baru sahaja dua bulan menjadi penghantar makanan demi menyara hidup selepas tidak lagi menjadi pemandu lori.

@danielashraf1370

kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat nasib warga emas terbabit yang terpaksa mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Pada masa yang sama, mereka juga sudi bertemu dengan warga emas terbabit untuk memberi sedikit sumbangan selain mendoakan agar Allah SWT memberinya rezeki yang banyak.

“Maaf pakcik, saya selalu mengeluh pasal kerja saya sekarang ni”

“Kalau yang mana rasa susah, bersyukur sebab ada yang lagi susah”

“Macam mana nak jumpa pakcik ni, saya nak bagi duit sikit”

“saya nak 10 orang aminkan doa saya”

Recent Posts

  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

12 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago