fbpx
Now Reading
Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak

Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak

Meskipun kelihatan sudah berusia dan sedikit bongkok pada fizikal, warga emas itu dilihat masih gigih dan gagah bekerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan, ekonomi negara masih lagi terjejas ekoran dari penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

Ramai yang dilihat masih bergelut mencari pekerjaan tidak kurang juga yang terpaksa melakukan kerja tambahan demi meneruskan kehidupan.

Keadaan ini tidak hanya memberikan kesan kepada orang muda malahan orang berusia juga sudah ramai dilihat kembali mengerah keringat demi sesuai nasi.

Terbaharu tular sebuah video di aplikasi TikTok memperlihatkan seorang warga emas sedang gigih bekerja dengan melakukan penghantaran makanan.

Dimuat naik oleh Ashraff Danny, video tersebut nyata mencuri perhatian ramai pengguna TikTok.

@danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih ♬ original sound – BrassicaOlerasia91

Difahamkan, warga emas berkenaan yang merupakan seorang rider GrabFood sudah pun berumur 68 tahun, namun di usia sebegini dia masih dilihat gigih dan kuat bekerja melakukan tugasannya.

Bekas pemandu lori dan kini bergelar penghantar makanan GrabFood demi sara hidup

Menerusi video tersebut, Ashraff menjelaskan dia kebetulan bertemu dengan atuk tersebut ketika kedua-dua mereka sedang melakukan penghantaran makanan.

Jelasnya lagi, atuk yang merupakan bekas pemandu lori terpaksa kembali bekerja dan bergelar penghantaran makanan GrabFood sejak dua bulan lalu demi menyara hidupnya.

Mungkin sebak dan dalam masa sama terinspirasi dengan semangat warga emas berkenaan, dia kemudian bertindak berkongsi video itu kepada orang ramai.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sebak melihat usaha warga emas tersebut. Ramai yang turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dilipatgandakan rezeki agar dapat menghabisan masa tuanya berehat santai di rumah tanpa perlu bekerja keras.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.