Sebagai seseorang yang beragama Islam sudah tentu kita mengalu-alukan individu lain yang berminat untuk mendekati agama suci ini.
Malah Islam itu sendiri tidak pernah menghalang seseorang yang bukan beragama Islam untuk mempelajari atau jatuh cinta terhadap agama ini.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @furqaan2903 yang memaparkan seorang mualaf sedang membayar zakat fitrah kepada seorang amil (individu yang ditugaskan untuk mengutip zakat).
Menerusi video, Furqan berkongsi momen dia bersama rakan ke masjid untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama sambil menyatakan dia telah melakukan perubahan yang besar di dalam hidupnya.
Di ruang kapsyen Furqan menyatakan pada 28 Mac yang lalu dia telah membuat satu keputusan yang sangat besar iaitu menjadi seorang muslim dengan memeluk Islam dan bersyukur dengan keputusan tersebut.
Namun dia baru mendapat kekuatan baru-baru ini untuk menyatakan perkara tersebut kepada semua orang serta berharap agar rakan agama asalnya tidak menjauhkan diri selepas dia bergelar seorang Muslim.
“Saya harap semua rakan agama lama saya tidak menjauh dari saya dan sentiasa ada bersama walau apa yang terjadi serta sokong dan hormati keputusan ini.
“Saya sayangkan semua kawan-kawan termasuklah rakan Muslim yang mendoakan yang terbaik untuk saya dan sentiasa istiqamah,” tulisnya.
Menurut Furqan, mulai sekarang tidak kira apa yang berlaku kepada dirinya dia akan menganggap perkara itu sebagai satu cabaran atau ujian.
“Tahun ini macam-macam perkara berlaku biar pun baru awal tahun banyak perlu saya belajar dan terima kasih kepada yang selalu bagi kata semangat untuk saya.”
Video berdurasi selama 12 saat itu ternyata telah mengundang perhatian ramai, apabila pengguna media sosial semua mendoakan dan memberikan sokongan kepada Furqan untuk terus istiqamah dalam perjalanannya menjadi seorang Muslim.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.