Panggilan Sayang Adalah Budaya Di Tempat Kerja, Kata View Chin [Video]

Usahawan dan influencer TikTok, View Chin menjelaskan panggilan sayang yang digunakannya terhadap rakan sekerja, Mira bukanlah dikhususkan kepada wanita itu sahaja.

Sebaliknya panggilan itu turut diguna pakai kepada semua pekerja di dalam syarikatnya juga.

View Chin menerusi satu temu bual ekslusif bersama Utusan Malaysia semalam (19 April) berkata, dia sememangnya gemar menggunakan perkataan itu dan juga panggilan ‘dear’ kepada semua kakitangannya.

Malah dia menyifatkan panggilan itu sudah menjadi satu ‘culture’ atau budaya di tempat kerja.

“Mengenai mesej saya dengan Mira. Sebenarnya saya dengan saya punya team memang guna panggilan macam itu. Ini ialah culture (budaya) syarikat saya.

“Saya suka bergurau dengan team saya dan saya selalu cakap ‘sayang kerja ini dah siap ke belum’ atau ‘sayang barang ini hantar dekat meja saya’,” kata View Chin dalam temu bual tersebut.

Pendedahan View Chin sekaligus menjawab persoalan orang ramai berhubung penggunaan ayat ‘sayang’ di dalam perbualan WhatsApp di antara usahawan berkenaan dengan Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah.

Terdahulu kisah mereka mula menjadi perbualan hangat selepas bekas isteri View Chin, Charmaine Ah Moi mendakwa suaminya itu bermain cinta di belakangnya.

Malah Ah Moi menerusi beberapa siri pendedahan turut berkongsi tangkap layar perbualan dia antara View Chin bersama pekerja syarikat mereka itu.

Malah turut tular foto memperlihatkan seorang gadis dipercayai Mira mencium pipi View Chin. Dia kemudiannya membuat permohonan maaf dan meminta orang ramai agar memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.

Namun View Chin mendedahkan dia sebenarnya sudah pun berpisah dengan isterinya itu tanpa pengetahuan sesiapa termasuk keluarga sejak tahun lalu.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

6 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tiada Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

15 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

1 hour ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 hours ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

2 hours ago