Guru Kecewa Aduan Tidak Dilayan, Dakwa Siling Kuarters Guru Di N9 Dipenuhi Najis Burung & Busuk

Umum mengetahui setiap 16 Mei kita akan menyambut Hari Guru di seluruh negara.

Sambutan ini bertujuan untuk menghargai usaha mereka yang bertungkus-lumus mendidik anak negara agar menjadi individu yang berjaya di masa depan.

Oleh itu, setiap tahun kebanyakan sekolah tidak melepaskan peluang untuk meraikan para pendidik.

Individu luah rasa kecewa dakwa aduan mengenai masalah di kuarters guru tidak dilayan

Namun sedikit berbeza dengan seorang guru ini apabila meluahkan rasa kecewa pada hari istimewa berkenaan di media sosial, selepas aduannya tentang masalah penempatan atau kuarters guru yang dipenuhi najis burung tidak dilayan.

Menerusi luahan yang dikongsikan oleh @TheTehOriginal atau mesra dikenali sebagai Cikgu Teh, dia mendakwa sudah penat membuat aduan berhubung najis burung yang banyak di bahagian siling sebuah kuarters guru di Negeri Sembilan.

Tetapi jawapan yang diterima dari aduan yang dibuat adalah ketiadaan bajet untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Letih dah buat aduan tapi jawapan yang dapat tak ada bajet. Balik tadi aku buka pintu rumah rasa pening gila dengan bau dalam rumah.

“Aku memang tak tahan dah. Terus pinjam lampu picit pengawal keselamatan dan panjat siling kuarters,” ciapnya.

Terima alasan tiada bajet dari pihak berkenaan untuk baik pulih

Menurut lelaki itu, majikannya juga telah banyak membantu agar aduan untuk membaik pulih kuarters bekenaan dapat dilakukan namun mereka masih menerima alasan yang sama dari pihak berkenaan.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mengambil sendiri gambar dan juga video di bahagian siling terbabit untuk ditunjukkan kepada pihak berkenaan.

“Tak guna sekadar kumpul aduan tapi tak melawat kawasan. Setiap kali aduan tidak ada pihak yang turun melihat dengan mata kasar.

“Sekurang-kurangnya kalau dia datang boleh dia nikmati bau-bau ‘wangi’ (busuk) yang aku hadap setiap hari,” dakwanya lagi.

Najis burung boleh bahayakan kesihatan

Lelaki itu turut menunjukkan beberapa keratan akhbar yang menyatakan najis burung boleh mengundang bahaya kepada kesihatan manusia.

“Ni sebahagian keratan akhbar kesan najis burung merpati. Mungkin nak tunggu ada kes dulu baru bertindak,” katanya lagi.

Di dalam gambar yang dikongsikan lelaki tersebut, selain najis burung turut kelihatan banyak serangga lipas dan bulu burung di atas siling berkenaan.

Foto: Twitter Cikgu Teh

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan masalah tersebut bahaya kepada kesihatan selain turut berasa geli melihat gambar yang dikongsikan itu.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

15 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago