140 Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam, Feri Dari Langkawi Ke Kuala Perlis Tersangkut Tali Hanyut

Perjalanan 140 penumpang yang menaiki sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis yang sepatutnya tiba lebih awal tergendala apabila kesemua mereka terkandas hampir lima jam selepas feri yang dinaiki tersangkut pada tali yang hanyut.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis sekitar jam 8.00 malam tadi (15 Mei).

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsurtium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata feri berkenaan memulakan perjalanan pada waktu petang.

Feri tersangkut pada tali hanyut punca terkandas

Menurutnya, ketika perjalanan berbaki 0.9 kilometer lagi, feri terbabit tersangkut tali yang dipercayai hanyut di perairan berkenaan menyebabkan perjalanan tergendala

“Kita belum dapat mengenalpasti sama ada tali berkenaan adalah tali pukat nelayan atau tali yang hanyut dari kawasan lain.

“Namun kerja menunda feri masih diteruskan dengan dibantu bot nelayan daripada sekitar kawasan Kuala Perlis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Aset APMM dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda feri

Dalam pada itu, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), aset APMM dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda feri berkenaan.

“Malah, syarikat feri juga sudah menghantar sebuah bot nelayan tempatan untuk membantu menunda feri berkenaan hingga ke terminal feri.

“Penumpang bagaimanapun berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Feri berkenaan akhirnya tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada 12.20 pagi hari ini (16 Mei).

Penumpang kongsi hantaran video ketika kejadian

Sementara itu, salah seorang penumpang feri berkenaan sempat berkongsi beberapa hantaran video di laman Facebook miliknya semasa kejadian berlaku.

Menurutnya, kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat setelah tiba di jeti sekitar jam 1.00 pagi.

“Kenangan 15/5/2023 kipas eri langkawi-kuala perlis tersangkut tali. Pukul 7 petang bertolak dari langkawi pukul 8 malam masa terjadi.

“Pukul 1 pagi baru tiba jeti kuala perlis Hampir 4-5 jam tersadai di laut , Alhamdulillah semua selamat. Tidur lena layan ombak dalam kepala beralun-alunn ni,” katanya

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

24 mins ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

52 mins ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

3 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

4 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

5 hours ago