Wanita Di China Sanggup Berhenti Kerja Selepas Ibu Bapa Tawar Gaji RM2,624 Sebulan Jadi Anak Sepenuh Masa

Mungkin kedengaran pelik, seorang wanita di China nekad berhenti kerja setelah ditawarkan pekerjaan menjadi ‘anak sepenuh masa’ oleh ibu bapanya.

Wanita yang dikenali sebagai Nianan, 40, dikatakan telah bekerja selama 15 tahun di sebuah agensi berita.

Namun, persekitaran pekerjaan di tempat kerjanya itu memerlukan wanita ini untuk bersedia sepanjang tempoh 24 jam hingga menyebabkan dia mengalami tekanan luar biasa.

Ibu Bapa Tawar Gaji 4,000 Yuan Sebulan (kira-kira RM2,624)

Simpati dengan nasib yang menimpa anaknya, ibu bapa Nianan menawarkan pekerjaan sebagai ‘anak sepenuh masa’ dengan bayaran 4000 Yuan (RM2,624) sebulan sekiranya dia sanggup berpindah dan tinggal bersama mereka.

“Kenapa kamu tak berhenti kerja? Kami akan menanggung kamu daripada segi kewangan,” kata ibu bapa wanita itu.

Menyedari tawaran yang ditawarkan adalah lumayan di mana tiada lagi kos tambahan untuk tempat tinggal dan dapat menjimatkan kewangan, Nianan nekad untuk berhenti kerja dan menerima tawaran ibu bapanya itu.

Anggap Pekerjaan Penuh Dengan Kasih Sayang

Setelah setahun bekerja dengan ibu bapanya, Nianan menganggap pekerjaannya kini sebagai kerja yang penuh dengan kasih sayang.

Setiap hari, dia akan menggunakan masa untuk menemani ibu bapanya membeli barang dapur, menyediakan makan malam pada setiap petang, membawa ibu bapanya bersiar-siar dan memperuntukkan satu jam untuk menari bersama ibu bapanya.

Malah, Nianan juga bertanggungjawab menguruskan peralatan elektronik di rumah dan merancang percutian keluarganya pada setiap bulan.

Mahu Cari Duit Lebih, Ibu Bapa Tiada Halangan

Walaupun bahagia dengan pekerjaan sekarang, jauh di sudut hati Nianan, dia ada keinginan untuk mencari duit lebih.

Ibu bapa Nianan juga tiada halangan sekiranya anak perempuannya menerima tawaran kerja lain yang lebih baik.

Menurut Nianan, gajinya dibayar menggunakan pencen bulanan ibu bapanya sebanyak 100,000 Yuan (kira-kira 65,621).

Tindakan Nianan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat China. Rata-rata mengecam tindakan wanita yang berusia 40 tahun itu kerana masih tinggal bersama keluarganya.

Namun, ada juga yang menyokong tindakan Nianan ini dengan menganggap ia merupakan tanggungjawab anak untuk menjaga ibu bapa.

Negara China terkenal dengan budaya kerja ‘996’ iaitu bekerja dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam untuk enam hari seminggu.

Budaya ini telah menyebabkan pekerja mengalami tekanan, kemurungan, depresi dan lebih teruk hingga menyebabkan golongan muda di China enggan lagi bekerja dan memilih kehidupan yang lebih tenang.

Baca Artikel Berkaitan: Malas Datang Kerja Antara Contoh Anda Hidap Masalah Burnout

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Pekerja Perlu Ambil Cuti Sekurang-Kurangnya 3 Hari Bantu Tangani ‘Stress’ Kerja [Video]

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

21 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

41 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago