Alami Pendarahan Serius, Warga Emas Di Thailand Maut Lepas Cabut 12 Batang Gigi

Sakit gigi merupakan antara sakit yang paling ditakuti ramai, ia bukan sahaja sakit malah boleh menjejaskan emosi.

Ia bukan sekadar menggangu ketika tidur atau sedang bekerja, malah selera makan juga boleh terjejas sekiranya mengalami sakit gigi.

Gambar sekadar hiasan (foto: Pixels)

Paling menyeramkan, apabila gigi terpaksa dicabut. Namun, jarang sekali ada di antara kita yang giginya terlalu banyak dicabut pada satu-satu masa.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gigi Kekal Tercabut? Ini 5 Langkah Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berjumpa Doktor

Warga emas maut alami pendarahan selepas cabut 12 batang gigi,

Seperti baru-baru ini, siapa sangka seorang warga emas berusia 64 tahun menemui ajal selepas 12 batang giginya dicabut di Hospital Singburi, Thailand.

Menurut Sinar Harian yang memetik Thaiger, warga emas terbabit maut dipercayai akibat pendarahan yang kritikal dan tidak terkawal.

Pernah dapat rawatan di hospital sama kerana penyakit hati

Menurut anak perempuang mendiang, Chanthana Khum Khrong, bapanya sebelum ini pernah mendapat rawatan penyakit hati di hospital berkenaan.

Jelasnya, rawatan itu bermula pada 12 Mei lalu dan selepas itu bapanya ditahan sehingga 15 Mei di hospital sama kerana rawatannya memerlukan antibiotik.

Menurutnya lagi, dia mendedahkan bahawa pada 23 Mei, pihak hospital menasihatkan 12 batang gigi rosak warga emas tersebut perlu dibuang menerusi dua peringkat, tujuh batang gigi pada peringkat pertama dan kemudia lima pada peringkat kedua.

12 batang gigi rosak perlu dibuang memalui 2 peringat operasi

Kesihatan bapanya yang semakin merosot seolah tidak dipedulikan oleh pihak hospital apabila doktor tetap bertegas mencabut gigi menyebabkan Chanthana mempersoal tindakan tersebut.

Tambah wanita itu lagi, semasa pendarahan tidak berhenti selepas operasi tersebut, doktor hanya memberi kain kasa untuk digigit warga emas itu yang kadang-kala menyebabkan dia tercekik.

“Jururawat hanya menasihatkan menggigit semula kain tersebut berbanding memberinya ubat bagi menghentikan pendarahan itu,” katanya sambil menambah Pengarah Hospital Singburi akan memberi kenyataan rasmi mengenai kes itu dalam masa terdekat.

Pelbagai komplikasi boleh terjadi selepas cabut gigi

Untuk info, cabut gigi merupakan satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang. Proses ini perlu dilakukan sekiranya gigi mengalami kerosakkan yang teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Pelbagai komplikasi yang mungkin berlaku selepas proses cabut gigi seperti pendarahan, jangkitan kuman, bengkak, kebas dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai komplikasi cabut gigi, sila ke laman sesawang MyHealth.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

16 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

19 hours ago