“Saya Baru Tahu..” – Video Lelaki OKU Alih Motor Halang Laluan Tactile Di MRT Buat Ramai Buka Mata [Video]

Umum mengetahui golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kini sudah menjadi keutamaan di banyak negara.

Oleh itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk mereka agar ia dapat memudahkan setiap urusan mereka dan boleh menjalani kehidupan harian dengan baik.

Sebagai contoh antara kemudahan di tempat awam yang disediakan adalah seperti lif, tempat parkir kereta khas, tandas serta banyak lagi.

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang kurang peka dengan kemudahan khas ini sehingga menyusahkan golongan OKU.

Lelaki OKU alih motosikal halang laluan tactile

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki OKU yang sedang mengalihkan motosikal di satu laluan tactile di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi video yang dikongsikan oleh @Mrranggapnnadia, wanita dikenali sebagai Nadia memaklumkan ketika dia mengambil suaminya yang cacat penglihatan dia kemudian terlihat lelaki itu sedang gigih mengalihkan sebuah motosikal berwarna putih berada di laluan tactile.

“Nak ambil suami tadi di salah satu stesen MRT. Gigih dia alih motor yang halang laluan tactile.

“Ayuh sediakan laluan tactile yang selamat dan bebas halangan untuk keselamatan orang buta yang melaluinya,” kata Nadia.

Meskipun tidak menjelaskan mengapa suaminya berbuat demikian namun ramai percaya dia mengalihkan motosikal tersebut agar ia tidak mengganggu pejalan OKU yang lain ketika melalui laluan berkenaan.

Nadia mahu terus kongsi mengenai hak OKU agar beri kesedaran kepada orang ramai

Prihatin dengan perkara itu, Nadia menyatakan dia akan terus berkongsi kepada orang ramai tentang hak OKU termasuk laluan tactile agar umum tahu fungsi laluan tersebut.

“Kita akan terus kongsi berkaitan kesedaran tentang laluan tactile atau hak OKU ya. Saya sentiasa sokong awak. Saya bangga dengan awak sayang!

“Ayuh semua sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan,” tulisnya lagi.

@mrranggapnnadia

Kita akan terus kongsi berkaitan kesedaran tentang laluan tactile / hak OKU ya. I sentiasa sokong U 🥺🥹❤️ Proud of U sayang! Ayuh semua 💪🏻💪🏻 sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan 💪🏻💪🏻 #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #janganhalanglaluantactile #fyp #relationshipgoals #inspiredawesomelife

♬ suara asli – segalasumber – segalasumber

Apa itu laluan tactile

Untuk makluman semua laluan tactile yang disediakan di kebanyakan tempat awam seperti di MRT, kereta api, LRT, bas, atau hentian lampu isyarat adalah untuk kegunaan golongan OKU.

Laluan tactile ini juga turut mempunyai beberapa corak antaranya berjalur dan juga dot. Setiap corak itu mempunyai mesej tersendiri.

Maka sekiranya ia terhalang disebabkan oleh motosikal atau barangan yang berada di situ ia secara tidak langsung boleh membuatkan golongan OKU rasa terganggu apabila mesej tersebut tidak jelas.

Ramai sokong tindakan Nadia kongsi ilmu bermanfaat

Melihat di ruangan balas, ramai yang menyokong Nadia dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa laluan tersebut adalah khas untuk golongan OKU.

Apa yang lebih menarik dengan perkongsian ini ia juga menyedarkan segelintir pihak untuk melakukan perkara yang sama sekiranya terlihat laluan tactile itu terhalang di masa akan datang.

“Terima kasih bagi saya idea untuk tolong orang lepas ni”

“Oh ingat laluan biasa. Maaf kak nanti saya tak parking sana. Tu bukan motor saya cuma selalu juga parkir macam tu”

“Kenapa la ada sesetengah manusia selalu ambil hak OKU.. Abang hebat salute”

“Bagus kongsi macam ni kak.. kadang setengah orang tidak tahu.. yang mana tengok tu ni ilmu tau.. semoga bermanfaat”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago