Terpengaruh Kartun ‘Tom and Jerry’, Kanak-Kanak 4 Tahun Di China Terjun Tingkat 26 Guna Payung

Kartun atau filem animasi merupakan antara hiburan yang paling digemari oleh kanak-kanak, bagaimanapun tidak dinafikan ia juga mampu memberi kesan buruk kepada pemikiran mereka sekiranya tidak dipantau.

Hal ini kerana diusia yang begitu muda, mereka lebih cenderung untuk mengikuti apa yang dilihat di dalam kartun walaupun ada yang dipersembahkan hanyalah imaginasi dan tidak masuk akal.

Begitulah yang dilakukan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Hunan, China apabila dia bertindak terjun dari rumahnya yang berada di tingkat 26 dengan memegang payung selepas ingin meniru aksi yang dilihatnya dalam kartun.

Berpantang maut sebelum ajal, kanak-kanak itu bagaimanapun selamat selepas terjatuh dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Kanak-kanak itu tidak diawasi

Menurut mothership yang memetik Weibo, kejadian yang menggemparkan ramai itu berlaku pada petang Jumaat lalu (26 Mei) di bandar Hunan, China.

Mengikut sumber yang memberitahu Weibo, ibu kanak-kanak terbabit bekerja di bandar lain manakala bapanya pula kerap bekerja di luar negara.

Kanak-kanak itu dijaga oleh neneknya, namun semasa kejadian warga emas terbabit tiada di rumah kerana ke luar mengambil adik perempuannya.

Terinspirasi oleh kartun ‘Tom and Jerry’

Menerusi laporan Oriental Daily pula, semasa kejadian kanak-kanak itu sedang menonton kartun ‘Tom and Jerry’ dan membayangkan bahawa dia akan mendarat dengan selamat ke tanah jika dia memegang payung seperti payung terjun.

Pun begitu, berat badan kanak-kanak itu yang ringan selain dia juga jatuh di atas sebuah pokok besar menyebabkan impak hentaman yang dialami berkurangan.

Susulan itu, kanak-kanak terbabit dilaporkan mengalami kecederaan patah lengan kanan dan beberapa bahagian lain. Bagaimanapun dia kini berada dalam keadaan stabil.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

9 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

10 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

10 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

12 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

12 hours ago