Suami Terkilan Isteri Meninggal Dunia Pada Hari Keempat Berpantang, Majikan Hanya Bagi Dua Hari Cuti Paterniti

Cuti paterniti merupakan cuti yang diberikan kepada lelaki yang bekerja yang baru menimang cahaya mata bagi membolehkan mereka menjaga isteri dan anak yang dilahirkan serta menguruskan hal-hal berkaitan kelahiran seperti pendaftaran kelahiran.

Kepentingan cuti paterniti ini dapat dilihat apabila kerajaan meminda jumlah cuti paterniti daripada 3 hari menjadi 7 hari di bawah Akta Kerja 1955 dan ia telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2023.

Cuti ini merupakan hak bagi semua lelaki bekerja yang mempunyai isteri dan tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak khususnya majikan.

Hal ini kerana kehadiran suami adalah penting khususnya pada minggu pertama kelahiran kerana wanita yang baru bersalin akan mengalami perubahan hormon yang drastik sehingga boleh menganggu emosi.

Jadi, sokongan dan bantuan suami adalah penting ketika tempoh tersebut.

Cuti Paterniti Hanya Dua Hari, Lelaki Temui Jasad Isteri Selepas Empat Hari Berpantang

Baru-baru ini, tular di Facebook, seorang lelaki di Sabah memuat naik satu hantaran status yang menyedihkan apabila dia menemui jasad isterinya di sebelah bayi mereka yang baru dilahirkan.

Isterinya ditemui meninggal dunia semasa hari keempat berpantang selepas melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei.

Apa yang menyedihkan lelaki itu, Exly Jailon tidak menerima cuti khas paterniti selama tujuh hari seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955.

Sebaliknya, majikannya hanya meluluskan cuti paterniti selama dua hari mengikut undang-undang yang digubal di Sabah.

Akur dengan tuntutan kerja dan memikirkan komitmen yang perlu ditanggung, Exly tetap hadir bekerja pada 9 Mei.

Namun, luluh hatinya setelah pulang dari kerja apabila melihat jasad isterinya kaku tidak bernyawa di sebelah bayi yang sedang menangis kelaparan.

Majikan Hanya Beri Cuti Tanpa Gaji Semasa Tempoh Berkabung

Walaupun telah 22 hari berlalu, Exly reda dengan apa yang terjadi namun dia masih terkilan dan kecewa dengan tindakan majikannya itu.

Malah, majikannya hanya memberi cuti tanpa gaji sepanjang tempoh berkabung

Menyedari dia sebenarnya boleh mengambil cuti tanpa gaji, Exly menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata adalah lebih baik dia mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga mendiang isterinya.

Rata-rata netizen sedih dengan kejadian yang menimpa Exly. Malah, ada di antara mereka yang mengecam tindakan majikannya dan meminta Exly untuk mengambil tindakan undang-undang.

Foto: FB Exly Jailon
Foto: FB Exly Jailon
Foto: Exly Jailon

Susulan daripada kejadian ini, satu petisyen telah dibuat bagi membela hak pekerja di Sabah. Petisyen itu meminta agar Menteri Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri Sabah meminda semula undang-undang pekerjaan di negeri tersebut.

Untuk info, pekerja di Sabah dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang juga dikenali sebagai Ordinan Buruh Sabah (SLO).

Menerusi semakan kami, tiada sebarang seksyen di dalam ordinan tersebut yang menyebut tentang hak cuti paterniti melibatkan golongan lelaki.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

2 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

3 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

4 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

5 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

6 hours ago