Kami yakin semua pengguna kenderaan empat roda pasti tahu terdapat dua jenis bahan api yang paling kerap digunakan bagi menggerakkan sesebuah kenderaan iaitu minyak petrol dan diesel.
Meskipun ia satu perkara asas yang patut diketahui, masih ada segelintir individu yang tersalah sewaktu mengisi jenis bahan api pada keretanya.
Tidak kiralah ianya tidak disengajakan atau disebabkan kurang arif, kedaaan ini jika berlaku pasti akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap enjin.
Silap hari bulan, anda terpaksa menanggung kos baik pulih yang begitu tinggi!
Menurut acko drive, kedua-dua petrol dan diesel mempunyai sifat yang berbeza. Oleh itu, mekanisme kerja enjin petrol dan diesel juga tidak sama.
Disebabkan itu, jika anda salah mengisi jenis minyak ke dalam kereta ia boleh menyebabkan kerosakan komponen dalaman enjin.
Secara logiknya, agak susah untuk menemui kes di mana kereta diesel mengisi petrol kerana kebanyakan pemandu jenis kenderaan ini sudah arif dan tahu jenis minyak yang harus digunakan.
Namun, terdapat banyak kes di mana pemandu kereta petrol mengisi diesel. Terutamanya yang baru belajar memandu dan cuba mengisi bahan api secara sendiri.
Berikut merupakan simptom-simpton yang dialami sekiranya terisi diesel ke dalam enjin petrol:
Kesilapan mengisi bahan api adalah satu insiden yang tidak diinginkan, tetapi lebih baik sekiranya kita mengetahui apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan sekirannya perkara ini terjadi.
Ini kerana dengan melakukan langkah-langkah yang betul sebaik menyedari anda tersalah isi bahan api dapat membantu mengurangkan kerosakan pada enjin.
Jika anda menyedari kesilapan tersebut semasa mengisi diesel dalam kereta petrol, anda tidak perlu risau kerana jika anda mengisi diesel kurang daripada 5% daripada kapasiti tangki keseluruhan, yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi sisa tangki dengan petrol.
Ini kerana bahan api jenis diesel mudah bercampur dengan petrol, anda boleh terus memandu tanpa ada masalah.
Pun begitu, untuk mengelakkan pencemaran bahan api, lebih baik menyalurkan diesel keluar dari tangki dan membilasnya dengan petrol.
Tetapi ini memerlukan anda untuk menunda kenderaan ke pusat servis.
Jika anda menyedari kesilapan tersebut selepas mengisi diesel lebih daripada 5% daripada kapasiti tangki, jangan khuatir situasi ini masih boleh dikawal.
Apa yang anda harus lakukan adalah jangan hidupkan enjin dan segera panggil perkhidmatan trak tunda.
Selepas itu, tunda kenderaan anda ke pusat servis untuk keluarkan bahan api yang lama dari tangki. Setelah selesai, bilas tangki dan isi dengan petrol.
Sekiranya anda telah menghidupkan enjin selepas mengisi diesel dalam kereta petrol, matikan enjin dengan segera.
Tunda kenderaan ke pusat servis, salurkan (drain) bahan api lama keluar dan bilas (flush) tangki.
Selain itu, ruang saluran bahan api juga perlu dibersihkan sepenuhnya dengan petrol.
Ini merupakan situasi yang paling buruk dan berisiko menyebabkan masalah engin yang lebih serius.
Namun jangan panik, sebaik sedar anda tersalah isi jenis bahan api semasa memandu, segera berhentikan kenderaan di kawasan yang selamat dan matikan enjin.
Panggil bantuan mekanik atau perkhidmatan trak tunda dan hantar kereta ke stesen servis yang terdekat.
Bersihkan tangki dan ruang salurannya sebelum bilas dengan petrol untuk mengelakkan pencemaran bahan api.
Perkara sebegini sebaiknya dielakkan daripada terjadi dengan sentiasa memeriksa dan peka terhadap jenis bahan api sebelum mengisi.
Namun sekiranya berlaku, kami berharap agar berkongsian ini dapat membantu anda semua daripada menghadapi masalah enjin yang lebih serius serta memakan belanja yang besar untuk membaiki.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…