‘Tiada Tips, Saya Hanya Menumpang Rezeki Isteri Saya’, Kata Jofliam [Video]

Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Tidak hanya terhad kepada wang ringgit, dikurniakan kesihatan dan tempat kerja yang baik juga merupakan satu rezeki.

Ada yang percaya, rezeki yang baik datangnya daripada amalan dan kebaikan yang dibuat oleh individu terhadap insan-insan disekeliling.

Tiada Rahsia, Hanya Tumpang Rezeki Isteri

Seorang usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal melalui akaun Instagram miliknya telah membuat satu hantaran video berhubung perkongsian tips rezeki oleh suaminya, Jofliam.

Menerusi video tersebut, kelihatan suaminya sedang ditemubual oleh juruhebah Stesen Radio Suria FM dan berkongsi tentang tips dan rezeki yang dinikmati olehnya.

Menurut Jofliam, tiada rahsia atau tips tertentu untuk mencapai apa yang dikecapinya sehingga kini.

Namun, dia yakin kejayaan yang dikecapinya adalah hasil usaha dia membahagiakan dan mendampingi isterinya.

“Selama ini orang tanya apa rahsia dan tips, saya tak boleh nak kata. Apa yang saya boleh katakan, saya menumpang rezeki isteri saya. Semua ini hasil rezeki saya mendampinginya,” kata Jofliam.

Buat Sikit, Tuhan Bagi Lebih

Mengulas lanjut, Ajak Shiro yang merupakan salah seorang juruhebah yang menemubual Jofliam turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

“Kadang-kadang bila saya dah kahwin ini, saya usaha sikit, tapi rezeki itu melebih-lebih,” kata Ajak.

Rezeki Kurniaan Tuhan, Konsep Rezeki Adalah Berbeza

Menerusi ruangan kapsyen, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, turut menyatakan rezeki merupakan kurniaan Tuhan dan datang dalam pelbagai bentuk.

Antaranya rezeki yang telah terjamin, rezeki kerana berusaha, rezeki yang tidak terduga, rezeki kerana rajin bersedekah dan lain-lain lagi.

Video yang dikongsikan itu turut menerima pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata memuji tindakan Jofliam yang dilihat mengutamakan isteri dalam setiap urusannya. Berikut antara komen warganet:

Amin, Terima Kasih Kerana Memberi Inspirasi Dan Aspirasi

Sama La, Kalau Ada Rezeki Lebih Lepas tu Suami Kita Cakap Ini Rezeki Isteri Dan Anak-Anak, Dia Menumpang je

Foto: IG @CikEpal06

Baca Artikel Berkaitan: “Dari Hobi, Kini Certified Chef Pizza” – Jofliam Raih Tempat Ke-4 Dalam Pertandingan Pizza Di Itali [Video]

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

17 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

17 hours ago